Jumaat, 18 September 2015

Bukan mengail pun

Share it Please
Agak sudah lama pokcik tidak kesini, kalau dulu disinilah padang pancingan pokcik samaada sebelah petang sehingga ke malam kekkadang hingga mencecah ke pagi sinilah tempatnya. Benteng di muara Sungai Besut, bersebelah dengan LKIM Kuala Besut.




 Niat dihati bukan sekadar untuk mengail, hanya aktiviti bersama keluarga. Tapi sayangnya tidak semua anak yang mahu turut serta. Dua anak lelaki yang dah menjinjak usia remaja tidak mahu turut serta kerana terlibat dalam pemilihan pasukan bola sepak kampung.



Aktiviti.... hmmm... BBQ sekor ayam dua tiga ekor ikan dan sotong dan nasi ayam....cukup ler tu empat orang makan. asyik memancing.. tak sedar pulak ayam dah hitam... nasib baik hanya kulit ayam tu jer yang hitam.

  
 Selesai makan, sambung balik aktiviti memancing... anak laki pokcik yang baru lepas UPSR baru-baru ni dapat sekor ikan kerapu sebesar dua jari. Tu lah satu-satunya rezeki petang ni. Si adik dia yang beria sangat nak bergambar.


Sementara bini pokcik pula layan game atau wasap ke apa mende nya pun tak tau. sambil tunggu pokcik dok ngail. Bukan mengail pun, kalau nak mengail sungguh pokcik akan bersama rakan-rakan ke tengah laut sewa bot lagi best lagi... layan ikan besar-besar dan layan mabuk free puas-puas. ni aktiviti santai petang minggu.


Tiada ulasan: