Selasa, 24 Mac 2015

Group whatsapp & group facebook....


Banyak kumpulan yang dibina sama ada kumpulan di facebook ataupun whatsapp dengan pelbagai tujuan. Sebenarnya banyak kebaikan dengan tertubuhnya group-group seperti ini. kumpulan atau group yang dibina di whatsapp atau sebenarnya mendekatkan lagi hubungan sesama ahli di dalam kumpulan.

Berbalik kepada asal penubuhan kumpulan-kumpuan ini. Sebagai contohnya, kumpulan yang dibina pada asasnya adalah kumpulan atau group sekolah, bertujuan untuk mengeratkan silatturahim sahabat-sahabat alam persekolahan dahulu. Sebaiknya usahlah digunakan group atau kumpulan ini dengan pelbagai iklan dan segala jenis perniagaan.

Kadang-kadang kita sendiri sudah terlalu muak dengan iklan-iklan. Buka sahaja facebook segala bentuk iklan sudah terpamer di timeline kita. Group whatsapp juga dilambakkan dengan iklan. 

Bagi pendapat pokcik, kalau ingin sangat beriklan sebaiknya bina kumpulan dengan nama atau bentuk perniagaan dan jemput sahabat atau rakan menjadi ahli kumpulan dan seperkara lagi jangan jadikan kumpulan yang dibina sebagai medan berpolitik.

3 ulasan:

Cikgu Norazimah berkata...

kadang2 media sosial ni juga jadi tempat bergaduh..hehe

p/s : Jemput join segmen Bloglist Mei-Jun by CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

Siti Aisya Ibrahim berkata...

kita suke kumpulan2 kecik, dekat wassap...rasa ada privacy bila borak tuh...dah selalunya grup kecik2 dalam 5-6 orang ni, diorang mmg ada memori same2...sebab tuh kena ada grup sendiri kan... kita xsuke sgt grup yg ad iklan2 ni...rimas :D

ctfand berkata...

salam kenal pokcik blogger..

pernah juga di add dalam beberapa group yg certain tu kita tak tahu pun siapa2 kat situ. ada yg kawan2 lama yang mmg tak borak pun kalau kat FB. mmg nyampah betul (maafkan bahasa saya). sudahnya block atau leave tanpa belas kasihan.. he he.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates