Selasa, 24 Mac 2015

Group whatsapp & group facebook....


Banyak kumpulan yang dibina sama ada kumpulan di facebook ataupun whatsapp dengan pelbagai tujuan. Sebenarnya banyak kebaikan dengan tertubuhnya group-group seperti ini. kumpulan atau group yang dibina di whatsapp atau sebenarnya mendekatkan lagi hubungan sesama ahli di dalam kumpulan.

Berbalik kepada asal penubuhan kumpulan-kumpuan ini. Sebagai contohnya, kumpulan yang dibina pada asasnya adalah kumpulan atau group sekolah, bertujuan untuk mengeratkan silatturahim sahabat-sahabat alam persekolahan dahulu. Sebaiknya usahlah digunakan group atau kumpulan ini dengan pelbagai iklan dan segala jenis perniagaan.

Kadang-kadang kita sendiri sudah terlalu muak dengan iklan-iklan. Buka sahaja facebook segala bentuk iklan sudah terpamer di timeline kita. Group whatsapp juga dilambakkan dengan iklan. 

Bagi pendapat pokcik, kalau ingin sangat beriklan sebaiknya bina kumpulan dengan nama atau bentuk perniagaan dan jemput sahabat atau rakan menjadi ahli kumpulan dan seperkara lagi jangan jadikan kumpulan yang dibina sebagai medan berpolitik.
Continue Reading…

Isnin, 23 Mac 2015

Bengkel HRMIS


Hari ini dan esok pokcik kena menghadiri bengkel HRMIS yang diadakan di Makmal komputer di SMK seri Nering. Bengkel selama dua hari bertujuan bagi mengemaskini data staff bertukar keluar dan masuk.

Bengkel seperti ini menjadi kesempatan dikalangan rakan sejawatan bagi bertukar dan bertanya tentang permasalahan tentang tugas dan tangungjawab.


Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu HRMIS... HRMIS adalah merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia, iaitu brmula dari perlantikan penjawat awam sehingga mereka bersara. 
Continue Reading…

Sabtu, 21 Mac 2015

Jumaat, 20 Mac 2015

Aktiviti yang telah lama ditinggalkan


Hari ini seperti hari-hari minggu yang lain. Bila berkesempatan pokcik akan balik ke rumah mertua di Kampung Seri Bayas, Hulu Seladang Setiu. Kali ini bukan setakat balik seperti biasa. Sampai rumah pokcik dimaklumkan mertua suami isteri tiada dirumah oleh anak saudara. Mereka berdua berada di kebun getah.

Dalam pokcik berkira-kira untuk kesana, mertua pokcik sampai dengan seguni 'tibing' atau orang perak sebut dengan nama 'mancak dinding' nama ini diberikan oleh seorang penunjuk atau guide sewaktu pokcik mengadakan ekplorasi di Hutan Simpan Belum  akhir tahun 1980an dahulu. Tibing ini atau mancak dinding ini bentuk dia seperti etak tetapi lebih besar dan seakan kepah tetapi rasanya tidaklah sedap berbanding kepah. (ada sesiapa yang boleh terangkan dengan lebih tepat?) ...

Berbalik pada cerita seguni tibing tadi... kata mertua pokcik, alah benda ni di kutip di hulu sungai Setiu. Pokcik tidaklah merancang untuk pergi kutip benda ni tapi pokcik nak kenal Sungai Liring. Pokcik nak menyelam dan hendak menembak ikan, aktiviti yang telah lama pokcik tinggalkan. Seingat pokcik kali terakhir pokcik menyelam menembak ikan ialah pada tahun 2007. Tempatnya sungai Kenering di pendalaman Tasik Kenyir, menyusuri Hulu Sungai Terenggan selama dua malam untuk ke Sungai Kenering ini. Rakan selaman pokcik ialah Kamal, seorang orang asli dari Kampung Sungai Brua, Hulu Telemong, Hulu Terengganu.



Gambar atas, itu ialah Sungai Liring tempat pokcik pergi menembak ikan (bedil Ikan). Pokcik kesini dengan tiga buah motorsikal dengan adik ipar sebagai penunjuk arah, pokcik pinjam motor mertua sementara anak keempat pokcik sebagai pembonceng. Jarak masa bermotor dari rumah mertua adalah dalam lingkungan empat puluh lima minit. Menunggang dalam keadaan yang kurang selesa. Jalan berbukit, mendaki dan menuruni bukit. 

Mendaki dengan gear satu ... jalan sabahagiannya ditambun dengan batu 'crusher run' yang longgar dan beberapa kali hampir terbabas dan terbalik kerana tidak dapat menguasai motor yang bukan milik sendiri. Sampai  ditebing sungai ini... tebingannya dipenuhi dengan tahi-tahi gajah. Samada yang baru atau yang telah kering dan berkulat. 

Bila terpandang tahi gajah yang banyak ini teringat pokcik pada ekspedisi yang pokcik lakukan pada tahun 2004... trek, Pasir Raja, Hulu Dungun ke Kampung Bantal, Hulu Tembeling, Pahang (Ekspedisi Jejak Mat Kilau Siri 1). Laluan yang dipenuhi dengan tahi gajah dan tapak kaki harimau.


Di sungai ini pokcik kembali... ya kembali melakukan aktiviti yang telah lama pokcik tinggalkan. Salah satu aktiviti kegemaran pokcik. Sewaktu pokcik berusia lingkungan dua puluhan dan tiga puluhan, aktiviti ini kerap pokcik lakukan. Tidak kisah perlu bermalam beberapa hari di dalam hutan... tengas, kelah sentiasa menjadi idaman. 

Sekarang ini, bila dah usia menginjak masuk pertengahan empat puluhan, tenaga sudah tidak segagah sewaktu usia dua puluhan dan tiga puluhan. Masa pun terlalu banyak yang pokcik perlu batas dan hadkan. Anak-anak yang makin membesar membuatkan jadual kehidupan turut bertukar. Diwaktu cuti persekolahan begini pun ada anak yang terpaksa dihantar ke pusat tuisyen atau kelas-kelas tambahan anjuran pihak sekolah. Pendek kata jadual anak adalah jadual pokcik.



Hari ini, Alhamdulillah pokcik syukur kerana dapat melepas gian untuk menyelam dan sedikit sebanyak mengimbau kenangan-kenangan lama. Indahnya bunyi aliran air yang menyusuri batuan membentuk lata dan jeram. Syahdunya irama cengkerik, bertasbih... berlagu rindu memuji kebesaran Ilahi.
Continue Reading…

Khamis, 19 Mac 2015

Rabu, 18 Mac 2015

Segmen follow back Kisahati Wanie


Dua, tiga, empat hari ini mood untuk membuat entri yang benar-benar lahir dari hati memang tiada. Untuk tidak membiarkan blog ini sunyi dan bersawang pokcik banyak join segmen atau giveaway yang dianjrkan oleh rakan blogger.

Segmen follow back Kisahati Wanie ni satu lagi segmen yang pokcik join. Jadi pokcik nak ajak sahabat dan rakan blogger meriahkan sama segmen ini. Macam biasalah kalau nak join tu klik banner atas tu untuk ke blog rakan penganjur segmen ni.

Continue Reading…

Selasa, 17 Mac 2015

Jumaat, 13 Mac 2015

Khamis, 12 Mac 2015

Meja kerja # 18 - kek dari rakan blogger



Tengahhari tadi saudara Yusri yang juga merupakan blogger mudahpok.blogspot.com datang ke meja kerja dengan satu bekas yang penuh dengan beberapa kepingan kek. Sahabat pokcik ini sememangnya seorang yang suka pada bidang masakan.

Memandangkan kek yang dibawa ini banyak bagi pokcik kerana pokcik ini bukanlah seorang pengemar kek. Satu kepingan sudah memadai untuk pokcik. Selebihnya pokcik bagi pula pada pok guard (jaga). 
Continue Reading…

Rabu, 11 Mac 2015

Gambar hari rabu #17 - Misai kucing dari seorang sahabat


Hari ini seorang sahabat dengan sukahatinya memberi sepasu pokok misai kucing sebagai pertukaran dengan satu polibeg pokok mahkota dewa yang pokcik tanam beberapa bulan yang lalu.

Pertukaran suka sama suka. Pokcik tiada pokok misai kucing dan begitu juga sebaliknya sahabat pokcik ini. Untungkan kalau mempunyai sahabat yang ada kegemaran yang sama.

Continue Reading…

Ahad, 8 Mac 2015

Sabtu, 7 Mac 2015

Sistem DKS




Sekarang ni usahawan "tumbuh bak cendawan selepas hujan" sama ada online ataupun offline.

Tetapi ramai yang tidak uruskan akaun perniagaan mereka dengan baik disebabkan masalah berikut;

1. Tiada sistem perakaunan yg baik
2. Tidak mampu membeli perisian perakaunan yang mahal
3. Perisian perakaunan yang rumit untuk dikendalikan
4. Perisian perakaunan dalam Bahasa Inggeris, tidak faham terma-terma akaun
5. Tiada asas perakaunan yang kukuh

Penyelesaian terbaik adalah dengan Sistem DKS...Sistem yg ringkas berasaskan Excel... Hanya perlu tahu Catatan Bergu sahaja..


Sistem DKS ini merupakan sistem perakaunan berasaskan MS Excel yang jauh lebih murahberbanding perisian perakaunan yang berada dipasaran. Apa yang paling penting fungsinya sama seperti perisian perakaunan dipasaran.


Apa kelebihan Sistem DKS ?

Harga Sistem DKS sangat rendah dan berpatutan
  1. Tidak perlu renew tiap-tiap tahun, lesen seumur hidup
  2. Sistem DKS sangat senang digunakan kerana hanya anda perlu tahu debit dan kredit sahaja
  3. Tidak perlu install kerana sistem DKS berasaskan Microsoft Excel
  4. Ringkasan akaun, imbangan duga dan laporan kewangan dapat dijana secara automatik
Kalau nak tahu apa itu sistem DKS bolehlah ke laman web DISINI

Continue Reading…

Cerita anak dengan pokok kemangi


Kredit Gambar Fazlisyam.com

Pokcik bukan nak cerita pasal khasiat daun kemangi atau temangi. Google sahaja dah jumpa apa kelebihan atau khasiat daun ini. Banyak khasiatnya kan. Bau daun pokok temang ini memang wangi, sehinggakan menjadi kegemaran amak-anak.

Setiap masakan kalau boleh mesti ada daun pokok ini. Masak mi atau bihun kena masukkan daun. Masak maggi pun. Makan nasi pun berulamkan daun kemangi dicicah budu. Hinggakan pokok ini yang hanya ditanam dua pokok menjadi hampir botak. 

Anak-anak ni, dia orang tegah membesar makan apa sahaja pun lalu, sedap kata dia orang. Bab makan ni anak-anak pokcik bukan jenis yang memilih. Apa yang ada dia orang makan. Tolak batu dengan kayu kata orang.

Continue Reading…

Jumaat, 6 Mac 2015

Hasil Dari Hobi #24 - musim baru bermula


Selepas musim hujan dan banjir sebulan dua yang lepas, baru kini mood pokcik untuk kembali dengan hobi berkebun. Sebatas dua tanah belakang rumah dicangkul untuk menanam. 

Cadangan pokcik dua batas ini untuk ditanam dengan sawi tapi isteri minta sau batas ditanam dengan kangkung. Kenapa Kangkung? Senang, bila nak goreng nasi atau bihun. Itu kata isteri.

Pokcik tak nafikan, sayur segar tepi rumah ditanam tanpa penggunaan racun dan minimum baja kimia. Sayur terasa manis. Itu yang pernah isteri pokcik kata dulu. 

Musim baru untuk menanam pokci baru bermula. Tahun lepas pokcik banyak tanam lada dalam polibeg. Tahun ni pun ingat nak tanam benda yang sama. Pagi tadi pergi pasar dengan isteri. Isteri pokcik terkejut bila harga cili kampung RM30.00 sekilo. Memang mahalkan. Rasa-rasa nanti harga itu akan kembali murah bila dah banyak sayur dan lada yang akan memasuki pasaran.

Continue Reading…

Khamis, 5 Mac 2015

7 Blog ditambah sebagai penyeri Bloglist Mac

Alhamdulillah syukur,.... malam ini sempat blogwalking ke beberapa blog rakan-rakan. Line internet pun laju semacam, itu yang jadi seronoknya menjelajah dari satu blog ke blog yang lain.

Kesempatan ini juga pokcik menambah senarai bloglist bagi bulan mac ini. Mereka yang bertuah seperti senarai dibawah:-

Continue Reading…

Rabu, 4 Mac 2015

Riadah petang


Alhamdulillah, petang tadi selepas dari menjemput isteri dan menutup kedai, sempatlah pokcik beriadah dengan basikal. Setelah hampir dua minggu tidak beraksi dengan hobi berbasikal.

Gatih basikal, pusing pusing keliling kampung yang akhirnya pokcik sampai kesawah bendang. Jarak dari rumah ke bendang ni bukan jauh sangat rasanya tidak sampai pun lima minit berbasikal, tetapi disebabkan kesuntukan masa dan tiada keperluan untuk kesini. 

Sawah bendang inilah tempat pokcik berkubang menangkap puyu dan haruan dulu dan kini.

Continue Reading…

Isnin, 2 Mac 2015

Pencarian Bloglist Mac-April Cikgu Farha


Assalamualaikum
Salam sejahtera

Jom join segmen simple cikgu.
Tujuan adalah untuk mengeratkan silaturrahim..
15 blogger akan dimasukkan dalam bloglist cikgu sepanjang MAC dan APRIL
Jangan lepaskan peluang ye ;)

http://www.cikgufarha.com/2015/03/pencarian-bloglist-mac-april-cikgu-farha.html

Cara mudah je:-
1. Buat entry khas bertajuk "Pencarian Bloglist Mac-April Cikgu Farha"
2. Tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini sahaja
3. Copy coding yang disediakan.



SIAP!! Senang je kan?? Hee jom join...
Segmen akan berlangsung selama 5 hari bermula 2 Mac - 7 Mac.
Pencarian secara Random menggunakan khidmat robot Random.com

"Salam Ukhuwah. Jom Terjah"


Continue Reading…

Ahad, 1 Mac 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates