Jumaat, 6 Februari 2015

Bila terasa nak makan ayam kampung

Share it Please


Bila terasa nak makan ayam kampung. Bukan susah bila duduk dikampung, semuanya dipelihara sendiri. Ayam, itik walaupun tidak banyak dipelihara tetapi bila terasa nak makan gulai ayam atau ituk kampung ni tidak payah pergi cari restoran. Tangkap sahaja seekor dua. 

Sebenarnya isteri pokcik dah seminggu bersungut hendak makan gulai ayam kampung. Tambahan pula hari ni jumaat, semuanya cuti dan ada kat rumah. Jadi adalah kesempatan untuk isteri memasak.

Selepas ditangkap seekor ayam betina pokcik mengajak anak jantan pokcik menemani ke rumah pok sepupu pokcik ni yang tinggal tidak jauh. Bawa ayam untuk dia sembelih. Sebenarnya bukan pokcik tak boleh sembelih ayam ini tapi pokcik rasa sedih. Ayam ni terlalu jinak dengan pokcik... bukan setakat jinak tapi cukup manja.. heh.. betul ke..

Pokcik tak makan gulai tu... pokcik rasa segan.

4 ulasan:

salmiah awang berkata...

sentimentallah pokcik.Kalau ayam yang saya bela,saya yang lapah bulu,layur,potong dan masak.Makan pun selera je.Tapi tak sembelihlah...itu bukan kerja saya.Tapi kalau saya yang nak sembelih mesti tak sampai hati.

zamizi jusoh berkata...

Betullah rasa sedih, ayam ni yang saya dok main tiap-tiap petang

Mad Parihh berkata...

mesti ada rasa tak sampai hati nak makan kan

zamizi jusoh berkata...

aha... betullah sampai hati