Sabtu, 28 Februari 2015

Majlis jamuan makan malam

Semalam berlangsung majlis makan malam AJK KEPTAN Cawangan Besut. Majlis makan malam ini diadakan di  Isma Cafe Thai & Seafood di Kampung Nyiur Tujuh.

Majlis diadakan pada pukul 9.00 malam itu bagi meraikan AJK yang telah bersara dari perkhidmatan sebagai Ketua Pembantu Tadbir disekolah-sekolah daerah ini.






Continue Reading…

Sabtu, 21 Februari 2015

Majlis tamat gelanggang

Jam tiga petang tadi berlangsungnya majlis tamat gelanggang muay thai di kampung pokcik. Gelanggang yang menghimpunkan anak-anak muda belasan tahun yang berminat dengan seni bela muay thai ini. 

Anak ketiga pokcik yang berusia enam belas tahun menamatkan latihan selama hampir tiga bulan. Latihan melasakkan diri kerana pada majlis tamat atau tutup gelanggang atau juga pelimau boxing ini, mereka akan bertarung dengan peninju undangan dari kampung yang lain. Ini bagi mengiktirafkan bahawa pelatih ini telah tamat dari latihan. 

Hampir dua puluh tahun lalu, waktu umur sebaya anak pokcik yang sejarang ini. Pokcik pernah melalui suasana yang sama, dengan semangat yang sama.

Majlis ini juga diserikan dengan pertunjukkan seni silat gayung dan seni beladiri silat tongkat yang diundang khas.




















Continue Reading…

Berbagi tugas


Hari ini pokcik terpaksa berada dikedai. Menjadi jurujual, mengganti tugas isteri. Sementara isteri pula sibuk menyediakan pulut semangat bagi majlis tutup gelanggang muay thai. Gara-gara anak lelaki yang teringin sangat untuk belajar.

Majlis tutup gelanggang (pelimau) ini menandakan tamatnya sesi perguruan. Isteri pokcik baru memahami apa itu pelimau dan adat tradisi dalam majlis ini. Dikampung pokcik muay thai juga dikenali atau orang tua kampung menyebut dengan istilah boxing siam
Continue Reading…

Jumaat, 20 Februari 2015

Rahsia Penulisan Novel Best Seller



Sudah beberapa kali entri ini tertangguh... Setelah dari hari ke sehari dan menjangkau mingguan dan setelah agak lama terperap. Alhamdulillah, kini entri ini dipostkan.

Akhrnya pokcik ingin kongsikan sedikit berkenaan dengan ebook yang sempat pokcik miliki dan baca. Rahsia Penulisan Novel Best Seller hasil karya Khairy Tajudin. Terlebih dahulu  jangan salah faham atas perkongsian ini. Pokcik tidak akan mendapat apa-apa ganjaran kerana bercerita tentang ebook ini.

Ikhlas pokcik katakan ebook Rahsia Penulisan Novel Best Seller ini adalah satu ebook yang menarik untuk dibaca dan berbaloi dimiliki. Sekiranya anda, rakan-rakan blogger bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel, semestinya ini yang terbaik untuk dihadam. Atau mungkin anda seorang blogger yang ingin mencari idea dalam penulisan, ebook ini juga rasanya amatlah elok dibaca.

Ikhlas pokcik tertarik dengan tip-tip bagaimana mencari idea, mengembangkan idea dan menterjemahkan idea itu. Tidak semestinya untuk menjadi seorang novelis untuk membaca ebook ini. Untuk seorang blogger amat sesuai.

Jikalau nak dihuraikan rasanya terlalu banyak ilmu yang dapat diambil dari ebook Rahsia Penulisan NOvel Best Seller.


Continue Reading…

Selasa, 17 Februari 2015

Kembar lima anak dia


Hari ini, bertambah lagi ahli keluarga bila 'moksu' melahirkan lima ekor anak. Anak-anak yang comel. Menjadi kerisauan bagi anak bongsu pokcik sebab mamanya memang tidak sukakkan anak kucing.

Ini kira kali pertama 'moksu' ni melahirkan anak. Lima ekor sekaligus. Patutlah perutnya besar lain macam. Harus diingat, kucing juga pembawa rezeki di dalam rumah.
Continue Reading…

Isnin, 16 Februari 2015

Sebatang kek dari rakan blogger


Pagi tadi. Bila datang ke pejabat.... diatas meja  dah ada sebekas kek. Kek gula hangus. Bila tengok kek tu dah tahu siapa tuan empunya pemberi kek ini. Tak lain tak bukan ni meti si Yusri, rakan guru, seorang blogger yang baru bermula. Tuan punya blog  mudahpok.blogspot.com.

Nak belajar buat kek gula hangus ni boleh pergi melawat blog dia disini. Pokcik pernah tanya tuan empunya blog ni. Mana satu dia nak fokus nanti. Sama ada nak buka kedai gambar atau kedai kek.  Dua-dua jenis adalah hobi dia... Harga kek tu dijual oleh dia dengan harga RM7.00 satu biji.

Sahabat ini merupakan seorang peminat fotografi. Juga merupakan seorang fotografer perkahwinan. Bidang yang sama pokcik minati. Kami biasa bertukar pandangan dan pendapat dalam hobi ini. 
Continue Reading…

Sabtu, 14 Februari 2015

Hasil Pancingan - Sebarau


Hasil pancingan petang tadi, dapatlah seekor sebarau hampir sekilo gram beratnya. Disamping beberapa ekor lagi ikan lampam sungai sebesar tiga empat jari.

Dalam ramai-ramai yang memancing pada petang ini, sebarau ini merupakan hasil pancingan terbesar. Selepas diganggu oleh sekumpulan babi hutan yang menyeberang sungai. Lubuk ini merupakan laluan utama binatang buas, Kalau dua tiga hari yang lalu, Kami yang sedang asyik memancing disini diganggu oleh dua tiga ekor memerang yang datang menangkap ikan.

Pernah juga kami terserempak dengan sekor dua anak  buaya yang naik berjemur ditebing seberang sana. Tapi setakat ini tiada penduduk kampung yang diganggu.



Continue Reading…

Khamis, 12 Februari 2015

Ibarat Seekor harimau.


Ibarat Seekor harimau. Begitulah boleh dikatakan perumpamaan bagi seekor kucing di dalam rumah. Cekap, Tangkas dan hebat dalam menangkap mangsanya. 

Arwah ayah  pernah berpesan, peliharalah walau seekor kucing di dalam rumah bagi menjaga keselamatan rumah. Keselamatan yan macam mana. Tentulah keselamatan dari tikus. Sebagaimana yang kita ketahui tikus adalah merupakan pembawa kepada masalah kesihatan. Kencing Tikus tu merbahaya.

Harus diakui kucing ini merupakan pemburu yang hebat menangkap mangsanya terutama tikus di dalam rumah. Tapi satu yang menjadi masalahnya bila berlaku episod kejar mengejar mangsanya, banyaklah barang-barang didapur berterabur. Pinggan dan gelas ada yang pecah.

Kucing peliharaan pokcik ini boleh dikatakan tidak memakan tikus tetapi menjadikan mangsanya ini sebagai bahan permainannya. Walaupun manja, suka dibelai tetapi tetap ganasnya ibarat seekor harimau.
Continue Reading…

Isnin, 9 Februari 2015

KESAN KEAJAIBAN DENGAN NEAUTROCELL



Lindungi dan rawatlah kulit anda. Dapatlah kulit cerah, anjal dan gebu dalam masa 14 hari.


KESAN KEAJAIBAN DENGAN NEAUTROCELL
  • Pemutihan kulit, menjadikan kulit lebih sekata secara menyeluruh
  • Melembapkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut
  • Mengurangkan kedutan, menjadikan kulit lebih muda
  • Merawat kulit dan menjadikan kulit lebih anjal
  • Penjagaan kulit anti-oksidan, mengekalkan keremajaan kulit
  • Mengekalkan kulit yang segar dan lembap
  • Meningkatkan daya hidup sel, menjadikan kulit lebih tegang

Dapatkan Sample PERCUMA Neautrocell Foundation Anda  DISINI


atau boleh klik banner diatas tu

Continue Reading…

Ahad, 8 Februari 2015

port memancing


Inilah port memancing yang menjadi kegemaran. Kalau setakat melepaskan gian untuk memancing. Nak dikatakan tempat ini banyak ikan ras, ranya setiap kali pergi, acapkali balik tangan kosong.

Disebabkan ini merupakan tempat yang paling dekat jaraknya dari rumah. Tak sampai satu kilometer.  Lubuk Besi nama tempatnya.


Lubuk ini bukan lubuk permainan pokcik, setiap kali datang sini tidak pernah dapat ikan yang besar. Paling besar ikan lampam merah sebesar tapak tangan. Ada rakan-raan kampung yang pernah dapat lampam jawa seberat tiga kilo, belida sebesar kusyen motor, baung sebesar betis. Ada juga yang pernah dapat siakap dua tiga.

Yang pastinya lubuk ini bukan tempat pokcik untuk mendapat ikan yang besar. Musim sekarang ini, pasir dilubuk ini mula menjadi tumpuan pada waktu malam. Kata seorang rakan, musim tuntung bertelur. Tapi pokcik bukan pengemar telur tuntung

Continue Reading…

Jumaat, 6 Februari 2015

Bila terasa nak makan ayam kampung



Bila terasa nak makan ayam kampung. Bukan susah bila duduk dikampung, semuanya dipelihara sendiri. Ayam, itik walaupun tidak banyak dipelihara tetapi bila terasa nak makan gulai ayam atau ituk kampung ni tidak payah pergi cari restoran. Tangkap sahaja seekor dua. 

Sebenarnya isteri pokcik dah seminggu bersungut hendak makan gulai ayam kampung. Tambahan pula hari ni jumaat, semuanya cuti dan ada kat rumah. Jadi adalah kesempatan untuk isteri memasak.

Selepas ditangkap seekor ayam betina pokcik mengajak anak jantan pokcik menemani ke rumah pok sepupu pokcik ni yang tinggal tidak jauh. Bawa ayam untuk dia sembelih. Sebenarnya bukan pokcik tak boleh sembelih ayam ini tapi pokcik rasa sedih. Ayam ni terlalu jinak dengan pokcik... bukan setakat jinak tapi cukup manja.. heh.. betul ke..

Pokcik tak makan gulai tu... pokcik rasa segan.
Continue Reading…

Khamis, 5 Februari 2015

Rabu, 4 Februari 2015

Berbengkel


Bermula hari ini sehingga esok 5hb Februari pokcik dan rakan-rakan seangkatan... Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu tadbir di sekolah menghadiri bengkel Penyediaan penyata perakuanan atau pun PATSKOM yang diadakan di SMK Permaisuri Nur Zahirah.

Seperti biasa kesempatan menghadiri bengkel, kursus atau mesyuarat akan digunakan bagi bertanya khabar dan bertukar pandangan atau bertanya soalan kepada rakan-rakan yang lebih berpengalaman.
Continue Reading…

Selasa, 3 Februari 2015

Tapak perkhemahan kokurikulum 2015



Tahun ini Lata Kolam telah menjadi lokasi pilihan bagi perkhemahan unit beruniform sekolah pada tahun ini. Tempat yang menarik dan air yang dingin.

Boleh dikatakan ramai yang tidak mengetahui atau mengenali nama atau lokasi tempat ini. Terletak tidak jauh dari La hot Spring. Melalui jalan yang sama untuk ke La Hot Spring. Tanpa tanda nama jalan menyebabkan orang luar tidak mengetahui kewujudan tempat ini.


Jarak antara sekolah je Lata Kolam tidak sampai lima kilometer dan berada dalam kawasan felda menyebabkan ianya menjadi destinasi perkhemahan untuk kali ini

Continue Reading…

Ahad, 1 Februari 2015

Hari yang sibuk


Bukan hari ini sahaja yang sibuk... minggu ini sememangnya memang cukup sibuk dengan kerja-kerja perakaunan. 'Close' akaun 2014. Pada 4 - 5hb ini pokcik akan menghadiri bengkel penyediaan PATSKOM. Jadi pokcik key in dulu data akaun ni. Bila je bengkel nanti tidaklah kelam kabut jadinya.

Dalam kesibukan sempat juga pokcik berposing. Sebenarnya tadi ada rakan yang datang menganggu bila tengok pokcik serius dan tekun mengendap buku tunai yang besar tu. Dikanan PC  yang kiri pula laptop......  huh... memang sibukkan.
Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates