Jumaat, 9 Januari 2015

pancing ikan dapat kura-kura

Petang tadi keliling kampung bersama dua orang anak. Anak lelaki ketiga dan anak bongsu perempuan seorang ni. Tujuannya hanya satu, mengintai tempat pancingan yang sesuai. 

Menyusuri aliran alor didepan rumah sehingga ke hulu sedikit sehingga ke Kubang Kucing. Airnya keroh. Memang tidak sesuai untuk memancing


Dah ada rakan sejiran yang sedang memancing. Waktu sampai tadi dia sedang berhempas pulas untuk membuang mata kail dari mulut kura-kura. Kura-kura yang ketiga katanya. Di pancingnya ikan dapat kura-kura. Cukup berhati-hati dia mencungkil mata kail dari mulut kura-kura. Pertama tidak mahu digigit dan keduanya tidak mahu terlalu menyakiti kura-kura.

Sebaik mata kail tercabut terus dilepaskan semula ke dalam air... bila hujan rintik mulai turun pokcik fan anak-anak terus balik. Tidak ingin berlama-lama kerana joran pun kami tak bawa, sekadar mengintai keadaan.


2 ulasan:

Yop An berkata...

jangan di sembelih kura-kura buat lauk udah ..................... hi hi

aRz MoHa berkata...

oernah juga kena nasib yang sama. memang pening kepala nak cabut mata kail dari mulut kura-kura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates