Ahad, 11 Januari 2015

Keajaiban berlaku

Share it Please


Petang tadi pokcik ke majlis penyampaian bantuan banjir di Pejabat Penyelaras. Pokcik kesana sebagai salah seorang penerima sumbangan. Dalam keghairan untuk mengambil gambar tiba-tiba S4zoom ini terlepas dari genggaman menghempas dengan kuatnya lantai simen di bawah.

Tiada apa lagi yang mampu terkata... pelbagai cara dibuat untuk mengembalikan fungsi kamera... lens yang terkeluar panjang sudah tidak berfungsi.. tetap tidak tertutup. Secara manual lens itu dipusing tetap jua seperti itu... selain dari itu semuanya berfungsi dengan baik. Telefon ditutup, bateri dikeluarkan dan dimasukkan kembali sebagaimana arahan tetap macam itu juga... akhirnya pokcik putus asa..dengan niat esok petang akan ke bengkellah telefon ini.

Usai solat maghrib seperti kelaziman biasa pokcik akan membaca surah Yaasin dengan niat bersedekah kepada arwah ayah serta datuk dan nenek. Selain dari itu pokcik juga setiap kali membaca surah Yaasin akan memohon supaya dipermudahkan segala urusan ini sama ada didunia dan akhirat.

Sebaik selesai  membaca surah Yassin pokcik terus ambil S4 Zoom ini.. sebaik fungsi kamera dihidupkan keajaiban telah berlaku semuanya kembali normal seperti dulu.. seperti tidak pernah berlaku sebarang kerosakan..

Alhamdulillah sesungguhnya Allah itu Mahakaya... Bagi pokcik ini semua adalah keberkatan dari bacaan Surah Yaasin. Kadang-kadang dalam keadaan tersepit dengan masalah kewangan dipermudahkan rezeki olehnya dalam keadaan yang tidak tersangka-sangka.



3 ulasan:

MG schmidt berkata...

save duit tayah beli cmera baru kan? :)

aRz MoHa berkata...

alhamdulillah. Subhanallah keajaiban.

Nur Arifa berkata...

betul sy pun pernah rasa keajaiban lepas baca quran..ALLAH MAHA KAYA

jmput singgah blog sy pokcik
http:dsupermama.blogspot.com