Sabtu, 17 Januari 2015

Bagaimana membuat ikan haruan kering


Bagaimana membuat ikan haruan kering. Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering.

Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam.

Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik.

Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni. 

Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula.


Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi oleh lalat pokcik ada sedikit petua. Petua ini adalah dari ajaran orang-orang tua dahulu. Caranya ialah ikan ini disapu dengan minyak masak. Sapu keseluruhan ikan seekor demi seekor. Sapu biar rata.

Bukan sahaja lalat tidak lagi menghinggapi ikan yang dijemur bahkan ikan ini bertambah cantik dan berminyak. Tidak kira ikan apa yang hendak dikeringkan.




Itulah sedikit sebanyak yang pokcik nak kongsi berkaitan bagaimana membuat ikan haruan kering yang penting ikan yang dikeringkan tu nampak cantik berminyak dan bersih.

1 ulasan:

Shima Hasan berkata...

Petua yang bagus ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates