Isnin, 8 Disember 2014

woh katok puru

Share it Please



Woh katok puru... memang betullah tu. Tok nenek pokcik  panggil pun dengan nama tu, jiran-jiran pokcik pun sebut macam tu juga.... orang-orang kampung dan orang-orang daerah pokcik pun sebut dengan nama yang sama juga... pendek kata memang itulah sebutannya... woh katok puru.. sebutan yang sebenarnya buah katak puru.

Biarpun nampak hodoh dengan kulit yang menggerutu tapi buah ni boleh dimakan... kalau masak ada rasa masam-masam manis.. ada yang gemar jadikan jeruk buah yang hampir masak..

Mengikut wikipedia Pokok Katak Puru ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Cynometra cauliflora. Ia juga dikenali sebagai Pokok Hima, Namu-namu, atau Kopi Anjing


2 ulasan:

Wafa Cw berkata...

Gambar dari pokok sendiri ko tu? :D
Teringat ko kampung.... sero nak balik kampung pulop...

zamizi jusoh berkata...

pokok depan rumah mok ni.. tuan Wafa Cw.
baliklah sekali sekala... ada masa singgah di jerteh ni.