Isnin, 15 Disember 2014

Nasib baik lepas



Jam 11.0 pagi tadi sedang pokcik dok menyemak Buku Tunai KWK tiba-tiba datang seorang rakan yang memaklumkan keadaan air banjir.... kerja terpaksa ditinggalkan.... Mengelabah pokcik sekejap... bila tiba di Kg. Jerebun air diatas jalan dan agak tidak sesuai untuk kenderaan kecil. Dua tiga buah kenderaan telah tersadai dan terpaksa ditunda.

Pokcik ambil keputusan untuk melalui jalan diatas parit yang menghubungkan kampung Jerebun-Dalam Huma-Kampung Bukit Cina... Alhamdulillah nasib baik lepas.... air dijalan ini masih belum dalam.. kalau tidak pokcik terpaksa berpatah balik kebih kurang 11km untuk mengambil laluan Lata Tembakah - Padang Tapong... lebih kurang 15km pula untuk sampai ke rumah.

Jalan utama yang menghubungkan antara bandar Jerteh dengan Hulu Besut... di jambatan Kampung Jerebun ini mudah ditenggelami air memandangkan keadaan yang jalan yang rendah.


2 ulasan:

Mila Hilas berkata...

ish syg nye kalo kete rosak sb banjir

Shima Hasan berkata...

Allah..bahayanya. Pernah alami benda ni masa duduk di kuantan. tapi lagi dalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates