Selasa, 9 Disember 2014

Cuti dan melancong

Share it Please


Gambar pokcik google punya

Memang terasalah sangat bila tengok rakan-rakan dapat cuti panjang dan pergi melancong bersama keluarga. Kerja macam pokcik ni bila tiba bulan Disember ginilah ianya makin sibuk... kalau dapat cuti tu pun untuk sehari sahaja.

Faham-faham ajelah bila dah jadi tukang sapu kat sekolah.. sekolah sunyi... guru-guru dan pelajar dah bercuti... tinggal pokcik yang dok menyapunya... hujung tahun macam ni akaun sekolah kena kunci... tengok mana saki baki duit... mesti tinggal 5% untuk tahun depan... tengok mana ada staff yang tak dapat kenaikan gaji atau pangkat... yang nak dikenakan tindakan tatatertib (kalau ada) pendek kata banyak yang kena uruskan, itu hanya sebahagian.

Biasanya kalau disember tak dapat cuti.. pokcik akan bercuti pada pertengahan januari atau februari.. masa tu anak-anak dah bersekolah, jadi tak dapat melancong... pokcik melancong kat dalam kebun keseorangan...

Pokcik bukanlah nak melancong ke tempat macam dalam signboard kat atas tu... kat dalam negara ni pun banyak lagi tempat yang tidak sampai. Lagi pun kerja tukang sapu macam pokcik ni manalah ada duit banyak...

In Sha Allah kalau dimurahkan rezeki.... sampai le kita


3 ulasan:

Wafa Cw berkata...

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...
Tukang sapu kat sekolah dok menyapu sekolah dalam cuti... masyaAllah... bunyi macam seronok aje. Kawe baru lulus interview jadi tukang sapu ngan jaga sekolah baru-baru ni... 14hb ni pengetua sekolah nak jumpa bui jadual bertugas ngan kawasan nak sapu start 1 jan 2015 ni... alhamdulillah... rasa teruja pulak... :D
Kawe dok mikir nok gi melancong ke mekah dalam dua tiga tahun lagi kalau buleh...

zamizi jusoh berkata...

Walaikumusalam tuan Wafa Cw.....

tahniah kerana dpt tugas baru.. hajat hati kawe pun kalu dimurahkan rezeki bercadangnya kesana juga untuk melancong.. semoga Allah permudahkan segala urusan

Wafa Cw berkata...

Alhamdulillah... laa hawlawala kuwwata illa billah...
Molek jugok tu... semoga Allah swt permudahkan segala urusan... semoga Allah pilih kita untuk melancong denung...