Ahad, 7 Disember 2014

Bila teh masuk jawi

Masuk jawi istilah yang sudah lama yang tidak didengari ditelinga pokcik..... tiba-tiba pagi tadi terdengar semula ditelinga ini bila mok sedara pokcik datang berkunjung untuk menziarahi anak  yang bersunat disebuah klinik swasta pagi tadi.. Masuk jawi adalah bermaksud bagi berkhatan atau bersunat..

Tadi, semasa kat klinik... tak menangis pun dia hanya berkerut kening menahan sakit... kalau tak dibius rasanya.... ha..ha.. adalah tangisan tu

Teh ini adalah gelaran bagi anak lelaki pokcik yang keempat... nama sebenarnya Faris... itulah yang mengelirukan mok sedara pokcik yang mana satu nama dan gelaran... jadi pokcik terpaksalah jelaskan... anak pokcik yang sulong dipanggil along yang kedua ngah yang ketiga achik yang keempat teh... barulah dia faham.

Dan kini keempat-empat anak pokcik dah masuk jawi... dah jadi dewasa... dan betapa kini diri ini semakin berusia..

1 ulasan:

Tauke Urut berkata...

Dah senja dah tu.. hehe.. OTAI dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates