Ahad, 23 November 2014

Sembang kedai kopi

Pagi tadi sempat pokcik singgah di kedai kopi berhampiran dengan rumah. Kedai kopi ni menjadi tempat persinggahan orang-orang kampung sebelum ke distinasi kerja masing-masing. Ada yang ke baruh padi, ada yang ke kebun bertanam sawit atau menoreh getah.

Di kedai kopi ini bermacam-macam cerita yang timbul, ada yang baik ada yang tak baik..... cerita-cerita pasal politik, cerita pasal artis..... jangan kata orang-orang tua dikampung tak pernah ambil kisah pasal artis... ada yang setengah tu cerita macamlah benda tu ada dalam poket beliau juga. Orang kampung juga ambil tau pasal isu-isu semasa. Pasal harga minyak naik dan turun.... semua itu perlu mereka ambil kisah kerana ianya melibatkan perasaan mereka juga perasaan orang-orang macam pokcik ini....

Dalam banyak-banyak cerita pokcik terkedu mendengar cerita dari seorang sahabat.. kerja sahabat pokcik ni boleh dikatakan sebagai penoreh getah sepenuh masa.... keluh kesahnya memang cukup terasa... kesian sahabat pokcik ni kerana sekarang ni musim hujan... nak menoreh pun tak dapat... waktu kemarau baru-baru ini harga getah cukup murah, tambahan pula menoreh getah orang.... berapa sangat yg dapat.

Cerita sahabat pokcik lagi, sekarang ni musim cuti sekolah jadi tidaklah banyak sangat belanja persekolahan yang dikeluarkan setiap hari. Sahabat pokcik ni ada anak tujuh, tiga bersekolah menengah, tiga bersekolah rendah dan seorang belum bersekolah. Tambang bas untuk seorang anak yang bersekolah menengah RM3 pergi dan balik bagi lima kilo. Duit belanja makan minum dikantin pula RM2.... pokcik akui harga makanan dikantin ni mahal.... rata-rata begitu.... itu baru sorang..

Dalam keseronokan anak bercuti... hari terakhir persekolahan anak membawa balik senarai belanja persekolahan untuk tahun depan.. rungut sahabat pokcik lagi... nak tak nak noreh tak dapat terpaksa cari kerja lain untuk sebulan... janji dapat kumpul duit.

Apa yang terkesan bagi pokcik bila dia kata "aku ni orang kampung tak pakai mercedes, tak pakai BMW bawak pergi menoreh hanya yang ada motor kapcai ni. Minyak berapa sen sangat yang motor ni guna... tapi bila barang naik aku cukup terasa, mana taknya tak pernah nak turun...aku ni kalau tak pergi buat kerja tak adalah gaji lainlah orang kerja gomen nacam kau"

Ada betul juga kata sahabat pokcik ni...

1 ulasan:

Akif Imtiyaz berkata...

Assalamualaikum ... PokCik Blogger ..Singgah sini menjenguk blog PokCik ..Terkejut sebab ada traffic yang datang dr blog ni ..Terus terjah ..Ooo patut la kita punya Blog tersenarai dalam BLOGLIST kat sini ...Terima kasih ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates