Ahad, 30 November 2014

Resipi etak tumis




Malam ni pokcik masak lagi... kali ini etak tumis, yang menariknya etak ni bukan yang dibeli dimana-mana kedai tapi adalah hasil dari carian anak-anak lelaki pokcik.... tambah menyeronokkan abang-abang ni kerana etak tumis ini merupakan makanan kegemaran anak perempuan pokcik..

bercerita tentang etak ni, pokcik dah bercdang dengan isteri pada jumaat nanti ingin ke sungai sana.... Lubuk Besi untuk sama-sama mencari etak. Sebagaimana yang dicerita oleh anak pokcik sekarang ni telah ramai orang yang kesana, siap bawa satu keluarga berkelah sambil mencari etak.... teringin sangat pokcik... dah lama pokcik tak buat aktiviti ni.

Berbalik pada tumis etak ni pokcik buat simple aje... ala-ala kadar gitu. Lagi pun pokcik ni bukannya pandai sangat bab-bab masak ni cuma pokcik buat ikut selera pokcik.


bahan-bahannya pun simple.... semuanya secukup rasa.

1.    Etak 5 atau enam gelas..... pokcik kira berdasarkan sukatan 
       gelas.

2.    Serai 4 batang (Dikatak, ditumbuk supaya pecah sedikit
       batangnya)

3.    Bawang merah 4 ulas

4.    Bawang putih 3 ulas.

5.    Garam, gula dan perasa secukup rasa (biasa pokcik guna 
        ajinomoto)

6.    Lada kering 5 biji

cara-caranya.

1.   Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada kering yang 
       telah ditumbuk atau dikisar ataupun yang telah diblender tadi.

2.   Masukkan air satu baldi (pokcik gurau tu) air tu biarlah         
      berpadanan... tumis     etak ni yang sedapnya pada kuah.... isinya        tu kecil sangat.

3.   Bila air mendidih bolehlah dimasukkan etak dan batang serai 
      tadi, lepas tu barulah dimasukkan garam, gula dan ajinomoto 
      secukup rasa.

Kalau rasa etak ni dah cukup masak bolehlah diangkat dan dihidangkan... rasa-rasanya tiada lagi yang tertinggal.... maaflah ye pokcik nak nikmati etak ni... terliur benor doh tengok anak pokcik menghirup kuah ni.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates