Ahad, 30 November 2014

Rasa berkenan sangat

Share it Please

Memang pokcik rasa berkenan sangat lah dengan produk Slice O Matic ni, memandangkan pokcik ni terkadang suka juga masuk ke dapur tolong isteri masak memasak.. Rasanya sekarang ni lebih banyak masa pokcik berada didapur berbanding isteri.. lainlah bila tiba hari Jumaat... barulah isteri ada masa yang banyak di dapur. Pokcik bukannya apa kesian kat isteri yang menguruskan kedai kat bandar sana... pokcik ni kerja kerajaan lainlah masa... pokcik masa kerja habis pukul 4.30 petang atau pun jam 5.00 sementara isteri pula tutup kedai jam 6.50 petang... kesiankan penatnya dia. 

Pokcik nak ambil 'pembantu' dia tak nak, siap dimarahinya pula... iyalah kan senang kalau ada pembantu taklah penat sangat diakan. Bolehlah bantu-bantu pokcik ni kat rumah..hee...hee..

Berbalik pada Slice O Matic tadi.... sebenarnya pokcik jumpa pusatborong.com masa google barang-barang dapur... bila tengok benda ni dah rasa berkenan sangat... tentang harga tu pokcik rasa ok dah.. kira kategori murah... ataupun kalau ada rakan-rakan blogger boleh bagi pendapat kat mana pokcik boleh cari benda yang sama di web lain... pokcik hargainya...

Kalau ada Slice O Matic ni pokcik rasa akan menjimatkan sedikit masa pokcik di dapur... rasa-rasanya makin merajinkan diri berada di dapur... bulan lepas isteri dah tegur pokcik kerana beli multi cooker tanpa tanya pendapat dia... ialah kan bila dok bersama ni kenalah berkongsikan..

1 ulasan:

Cik Balqis berkata...

Guna bnde nie mmg jimat mse. Sng n mudah
Jom join Segmen Zaman Persekolahan