Jumaat, 21 November 2014

Nak sangat dia main air bah

Share it Please
Memandangkan hujan yang turun dua tiga empat hari ji tidak membawa banjir. Anak-anak pokcik mengajak pokcik ke rumah datuk di Kampung Seri Bayas, Ulu Seladang, Setiu.

Dah kepingin sangat nak bermain air....apa lagi bila dah jumpa air yang melintas jalan, terus le dia cecahkan kaki ke air.... bila suruh pergi lagi kat air yang lebih dalam sikit, tau takut dia....kena pokcik yang pimpin tangan....

Alhamdullillah cuaca hari ini dah kembali panas.... mentari sudah berani mencelah dibalik awan.... kalau banjir ada pesta main air.... kini ada pesta yang baru bermula..... pesta apa ye... tentulah pesta jemur kain diampaian... masa nilah nak keringkan kain... esok belum tentu kerana musim hujan masih belum habis.


Tiada ulasan: