Khamis, 27 November 2014

Memancing puyu di Gong Muda

Share it Please

Inilah dia salah satu aktiviti anak buah pokcik bila time cuti sekolah... kalau tak bermain video game, tak bermain bola tempat bermain dia waktu petang tentulah ditebing alor.... memancing.

Aktiviti petang semalam yang mana pokcik sekadar jadi pemerhati ... Salah satu tempat yang banyak puyu dan haruan bermain ialah di alor Gong Muda. Tempat ini bukannya jauh sangat dari rumah pokcik... kalau berjalan kaki pun paling tidak dalam lima belas minit.



Selain dari haruan dan puyu, alor disini juga banyak keli, ketutu, terbol, kenjing, baung serta beberapa spesis ikan sungai yang lain. Petang semalam iga anak pokcik yang memancing kat sini membawa pulang lebih tiga puluh ekor ikan....  Pokcik dan isteri dah pesan awal-awal kat anak-anak kalau memancing tu pastikan ikan tu disiang sendiri.

Anak-anak pokcik ni memang suka sangatlah makan ikan darat ni yang digoreng kunyit dan digoreng sehingga garing.

Tiada ulasan: