Rabu, 5 November 2014

Meja Kerja #13 - rezeki tengah hari

Share it Please

Kalau sudah tertulis rezeki kita hari ini hanya setakat itu, walau sebanyak mana yang dibeli... sebanyak mana sekali pun dibawa belum tentu menjadi rezeki kita selagi kita tidak memiliki sepenuhnya.

Begitulah yang terjadi pada pokcik pada hari ini. Untuk penyendat usus pada tengah hari pokcik telah membeli satu biji kuih sekaya dan dua biji kuih cara. Sewaktu ambil kuih cara untuk disumbat kat mulut tetiba siku pokcik berlaga dengan buju meja lalu kuih ditangan jatuh... untuk diambil kuih itu tentulah dah kotor... 

Jadi kuih yang satu itu bukannya rezeki pokcik. Sudah tentu ianya menjadi rezeki sang semut atau tikus.

Begitulah yang terjadi sebenarnya, wang gaji yang diterima setiap bulan belum tentu menjadi hak kita. Dalam bahagian-bahagian tertentu ada hak-hak yang lain. 

3 ulasan:

Mila Hilas berkata...

hehe betul tu pokcik.tp kdg mrh jugak kalo benda jatuh..ekeke

Mama Niza berkata...

apa nak buat kan... bukan rezeki..

farhana mohamad berkata...

penuh tersirat kata2 pokcik. :)