Sabtu, 8 November 2014

Majlis khatam Al-Quran


Pagi tadi berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran pelajar KAFA Negeri Terengganu 2014 bagi Daerah Besut. Majlis diadakan di Masjid Taman Ilmu Tembila. 

Masjid yang dikatakan keenam terbesar telah menampung hampir tiga ribu peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah daerah ini.


Majlis dimulai dengan majlis khatam Al-Quran dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar cemerlang Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).


Ramai ibubapa yang ditemui mengatakan mereka tidak pernah datang ke Taman Ilmu Tembila ini dan ternyata kagum dengan keindahan masjid ini. 


Bagi pokcik yang mengiringi anak keempat. Ini juga merupakan kunjungan kali pertama ke masjid ini. Jarak ke masjid ini dari rumah kira-kira 35 km. Terletak di Kampung Tembila, laluan pantai dari Kuala Terengganu ke Kampung Raha Besut.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates