Jumaat, 14 November 2014

gotong royong membuat bubur asyura

Share it Please


Pagi tadi madrasah kecil bersebelahan dengan rumah pokcik mengadakan majlis gotong royong membuat bubur asyura. Madrasah kecil ini diasaskan oleh arwah ayah pokcik dan tanah diwakafkan oleh seorang saudara dekat pokcik dengan arwah ayah menjadi imam. 

Madrasah ini popular dengan panggilan madrasah kubang kucing kerana di dalam kampung pokcik tinggal ini ada tiga madrasah yang mempunyai gelaran masing-masing dan sebuah masjid. Memandangkan madrasah ini terletak dihujung atau tanjung sebatang alor yang dikenali sebagai kubang kucing maka madrasah ini popular disebut dengan nama Madrasah Kubang Kucing.



Aktiviti 'mengacau syura' ini bolehlah dikatakan aktiviti tahunan bagi madrasah ini. Kegiatan ini mengeratkan lagi silaturrahim sesama kami.

Seperti biasalah tugas kaum ibu ni menyediakan rempah ratus dan kaum bapa pula berkerah keringat mengacau syura yang kadang mendidih serta memuntahkan lavanya sehingga ada yang pedih terkena.

Hari ini hari jumaat. Tugas sementara mengacau diambil alih oleh kaum hawa bila kaum adam ke masjid berjumaat.


Selepas asar tadi bubur asyura mula diisi ke dalam bekas untuk diagihkan kepada jiran-jiran. Program yang bermula jam sembilan pagi berakhir jam lima petang.

Tahniah kepada saudara mara, jiran sekampung serta jemaah Madrasah Kubang Kucing atas kejayaan majlis ini.

Tiada ulasan: