Jumaat, 7 November 2014

Dah jadi kebiasaan

Boleh dikatakan dah jadi satu kemestian setiap pagi jumaat pokcik bersama isteri akan ke pasar borong di bandar Jerteh. Memborong jenis sayur yang tidak ditanam.  Kalau dah datang kat sini biasanya cukup untuk kegunaan seminggu... balik rumah sumat dalam peti.

Kobis merupakan pilihan kerana ianya sayuran kegemaran anak-anak. Tak payah masak, dia orang buat ulam cicah budu sahaja.

Lagipun jumaat beginilah dapat berehat bersama, makan bersama anak-anak. Hari lain anak-anak ke sekolah, pokcik berkerja sementara isteri pula mengurus kedai di bandar Jerteh.

Lagi menyeronokkan bila anak  sulong yang sedang belajar di Ipoh ada bersama.... macam-macamlah permintaan dia... nak makan itulah nak makan inilah...jadi memborong sakanlah mama dia.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates