Sabtu, 29 November 2014

Bertambah ahli keluarga

Share it Please


Hari ni bertambah lagi ahli keluarga pokcik...subuh tadi Mok Teh... kucing peliharaan kesayangan dan buah hati anak pokcik selamat melahirkan dua ekor anak.... comel-comel anaknya..

Lebih mengembirakan hati bila itik muscovy pokcik siap keluar dari tempat mengeram dengan 18 ekor anak. Nampaknya rezeki pokcik kian bertambah... bila pokcik main-main upload gambar ni.. ada beberapa rakan yang berminat untuk beli anak ni.... kesiankan anak-anak kecil lagi.... pokcik tak nak jual. 


Pada awalnya pokcik pelihara dua pasang, empat ekor lah tu...... sekarang ni campur yang ni dah hampir 30 ekor. Baka yang ni nampak serasi dengan pokcik.... seingat pokcik dulu pernah beberapa kali pokcik cuba pelihara itik muscovy ni tapi tidak biak yang mana akhirnya mati berpenyakit...

Isteri pokcik pula berkira-kira nak makan daging itik sekor dua tu yang dah  besar... maklumlah kami ni peminat daging ayam kampung dan itik.. pokcik pula berkira nak kembangkan dan perbesarkan lagi perternakan itik ni... siap angan-angan yang macam Mat Jenin panjat pokok kelapa tu

3 ulasan:

Wafa Cw berkata...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Alos... panggil Mok Teh ko kuchin dia...hahahaha... :D
Besar mana itik jenis ni? mana besar dgn itik serati...? Kawe penggemar itik jugop... kalau orang hidang lauk ayam dan itik, kawe terpa itik dulu...huhuhu...

zamizi jusoh berkata...

Kalu nok dibandingkan dgn serati... ternyata myscovy lebih besar sedikit kerana muscovy ni baka kacukan serati..... utk telur dan pedaging

Cik Balqis berkata...

Waaa..smoga murah rezeki. Suka kucing jgk
Jom join Segmen Zaman Persekolahan