Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More

Ahad, 9 November 2014

Awan hujan


Sehari dua ni pokcik suka pandang atas... pandang pada awan, cantikkan awan. Ada macam-macam bentuk awan. Masih ingat lagi masa sekolah dulu.. bila belajar geografi... cikgu kata ada macam-macam jenis awan. 

Terdapat dua jenis kumpulan besar awan iaitu Cumulus dan Stratiform (berlapis-lapis)



Kalau nak tahu lebih lanjut pasal jenis-jenis kumpulan awan boleh baca kat SINI

Apa yang pokcik nak katakan ialah sekarang ni daerah pokcik dah masuk musim hujan... atau lebih tepat lagi orang kampung pokcik sebut musim bah... Jadinya banyak awan gelap berbanding awan cerah.



Yang menariknya bila masuk musim bah begini.. rezeki bagi setengah-setengah penduduk kampung akan berlipat ganda... walaupun tidak lagi dapat menoreh getah tetapi bagi yang rajin dan sanggup bersejuk hujan.

Mereka akan memanfaatkan keadaan ini dengan aktiviti memukat ikan... sawah bendang (gambar atas) merupakan lubuk ikan puyu dan haruan. Pengalaman pokcik sendiri yang biasa memukat bila musim bah.... satu utas pukat sekali angkat dapat 20 ke 30 ekor puyu dan haruan.

Banyakkan kurniaan Allah pada hambanya


Share:

0 ulasan:

Cari Blog Ini

Followers

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © POKCIKBLOGGER | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Free Blogger Templates