Khamis, 2 Oktober 2014

Tip jimat duit belanja dapur

Share it Please
Harga minyak naik 20sen... betul ke... betullah tu. Ramai kawan-kawan pokcik dok keluh kesah perihal kenaikan ini.. dalam whatsap macam macam cerita. Bila duit minyak bulanan dah meningkat.. Pokcik tak kisah ke... sapa kata pokcik tak kisah... pokcik pun naik kereta ulang alik tempat kerja. Kalau yang naik tu tetap dah naik apa kata kita jimat kat tempat lain pula.. Poket kita tetap sama tiap-tiap bulan lain lah yang dok niaga tu..

Pokcik ada satu cadangan ... bukan cadangan pun pokcik dah lama buat... apa kata kalau pakat-pakat tanam sayur.... dapat juga jimat duit belanja dapur. Bukan susah pun tanam dalam polibeg... tak susah mana.. mula-mula tu memanglah susah sikit... kena beli tanah, beli biji benih dan polibeg... Kenapa pokcik cadangkan polibeg... polibeg nikan murah kalau nak bandingkan dengan pasu.. tak perlu tempat yang luas.. boleh alih-alihkan sana sini.. tak perlukan penjagaan sepanjang masa hanya sedikit pemerhatian dan penjagaan

Macam pokcik ni kan... semuanya pokcik beli kat kedai dua ringgit.. Tadi pokcik masuk sekali lagi kedai dua ringgit tu... pokcik beli benih sawi jepun... ingat esok nak cuba semai dia.. pokcik belum ada pengalaman tanam sawi jepun ni kalau sawi biasa tu dah acapkali tanam dah.. waktu jarak tanam sawi ni hingga ke tuai hasilnya dalam lingkungan empat puluh lima hari..

Beberapa jenis tanaman sayuran keperluan yang patut ditanam tepi rumah untuk menjimat belanja dapur :-

Sawi
Terung
Cili
Tomato
Kangkung 
Serai
Halia
Kunyit
Bayam
Bawang merah....

Ada lain-lain cadangan, boleh kongsi-kongsikan dengan pokcik... kalau ada masalah pun boleh tanya pokcik.. kita sama-sama tukar pendapat

1 ulasan:

kenny977world berkata...

Btul2....di samping itu boleh la juga menyihatkan badan sambil membuahkan hasil. Banyak boleh jimat kalau tanam sendiri.