Khamis, 16 Oktober 2014

Hasil dari hobi #22 - kacang panjang


Pagi tadi pokcik pergi belakang rumah... tempat yang pokcik tanam jagung dulu tapi telah ditanam dengan kacang panjang... kutip kacang..selepas ditimbang berat dalam 800 gram...kalau dibeli kat pasar rasanya adalah dalam dua tiga ringgit juga tu.... pokcik dapat jimat belanja dapur dengan nilai tu untuk kacang panjang

Yang menariknya kacang panjang ni rak payah guna kayu untuk kekacang memanjat hanya guna kayu sepanjang satu kaki sebagai sokongan. Ini bermakna bagi mereka yang mempunyai ruang yang terhad juga boleh menanam pokok ni... bukan susah pun tanam dalam polibeg sahaja.

Kacang yang pokcik tanam ni pun bukannya banyak... adalah dalam sepuluh pohon. 


2 ulasan:

Hafiz Hafizol berkata...

pokcik ! Bukan pokok kacang panjang memanjat ke? biasa kat rumah memang siap pacak kayu lagi biar dia memanjat... saya pun suka berkebun pokcik... tp sejak dah x duduk kampung nie, dah x boleh berkebun... rindu nak berkebun, tanam sayur, tanam pokok jagung, tanam cili.. paling seronok bila dapat tuai hasil... :")


suka tanam pokok tembikai :")

zamizi jusoh berkata...

Hafiz.... benih kacanng yg ni tak tinggi.... adalah dalam sekaki atau sekaki setengah dan buah dia pula lebih pendek sedikit dari pokok kacang biasa..... kalau ada kelapangann masa ruang yg sempit pun boleh diguna utk menanam.... sebagai contohnya tanam dalam pasu @ polibeg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates