Jumaat, 10 Oktober 2014

Hasil dari Hobi #21 - Sawi Jepun

Share it Please

Sambil-sambil menunggu pengumuman Bajet 2015 tadi pokcik sempatlah juga menyemai benih sawi jepun ni. Idea menanam sawi ni timbul bila anak perempuan pokcik sorang tu merungut tentang sayur sawi. 

Bila tanam sendiri ni kan dapatlah rasa makan sawi segar tanpa kesan penggunaan racun... biasanya pokcik tanam sawi biasa tapi kali ni tetiba terasa nak cuba tanam sawi jepun.

Bercerita pasal bajet 2015 ni pokcik tak nak ulas apa-apa... apa yang PM umum tu mungkin yang terbaik untuk negara. Tapi biarlah bajet kali ini lebih bertimbang rasa pada golongan miskin..... sebagai penjawat awam tentunya pokcik mengharapkan pemberian bonus oleh kerajaan.... 

Cuma pokcik kesian pada penoreh getah, pokcik pun penoreh getah juga... harga getah RM2.00... sekarang ni musim hujan..

Harap-harap sawi jepun pokcik ni dapat menjimatkan belanja dapur pokcik... nok pergi beli sayur dipasar minyak dah naik RM0.20..hmmmm... dah lari belanja bulanan pokcik. Semua rakyat mengharapkan yang terbaik.... seperti pokcik mengharapkan sawi pokcik ni dapat menjimatkan perbelanjaan pokcik

2 ulasan:

Mia Liana berkata...

bestnya bercucuk tanam...

p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

Etuza Etuza berkata...

http://madey09.blogspot.com/2014/10/blogger-mesti-blogwalking-terima-kasih.html datang dari blog mia..blogwalking etuza malam ini..kat blog anda.salam kenal..