Selasa, 7 Oktober 2014

Hasil dari hobi #19 - Bagaimana membuat jus roselle


Pokok roselle pokcik yang ditanam tu lebat sungguh berbunga... bukannya banyak yang pokcik tanam, adalah dalam tiga pokok.... dari membazir begitu sahaja bunganya pokcik pun cubalah buat air dari bunganya... itu pun setelah bertanya dari mak macam mana cara nak buat.

Rupanya bukan susah sangat nak buatnya.... Kelopak bunga roselle ni disiat atau koyak lepas tu masukkan dalam periuk... campur air kalau tiada air gerenti tak jadi. Selepas air mendidih barulah dimasukkan gula.... jeng.. jeng jadilah sirap roselle..selepas ni pokcik nak buat jem dari roselle pula.

(p.s. botol atas tu pokcik guna botol air mineral je)



2 ulasan:

acik watie berkata...

kelopak yang disiat tu, dibuang atau diblender sekali lepas rebus tu?

http://acikwatie.blogspot.com/

zamizi jusoh berkata...

Kelopak ni nak blender pun boleh tapi pokcik selepas siat trrus rebus gitu je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates