Isnin, 13 Oktober 2014

Acik tenang hadapi PT3

Share it Please

Pagi tadi sebelum ke tempat kerja pokcik terlebih dahulu ke sekolah anak ketiga pokcik di SMKA Wataniah Jerteh. Anak pokcik ni akan menghadapi peperiksaan PT3 pada pagi ni.. sekurang-kurangnya kedatangan pokcik ni memberikan sedikit kekuatan semangat dia untuk memasuki dewan peperiksaan. Anak pokcik yang ini tinggal di asrama walaupun jarak antara rumah dan sekolah tak sampai pun 800 meter.

Pada majlis solat hajat dan bacaan yaasin yang lalu pokcik tidak dapat hadir. Pada waktu itu pokcik berada di unit kecemasan hospital kerana anak yang keempat pokcik mengalami alahan makanan.

Sebagai bapa tentulah pokcik mengharapkan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang..  Nasihat pokcik tadi semoga dia tenang hadapi PT3... jangan gugup bila masuk dewan.....

Tiada ulasan: