Isnin, 27 Oktober 2014

Bukan hilang fokus


Beberapa hari lepas merupakan cuti umum... cuti Deepavali, cuti hujung minggu dan cuti Maal Hijrah. Pokcik pun turut bercuti didalam penulisan blog. Menyepikan diri sekejap bukan bererti pokcik berhenti menulis.... tidak. 

Waktu cuti begitu pokcik alihkan fokus pokcik dalam bidang penulisan lain.. penulisan jugakan..... lagi pun bila cuti begitu line kat kampung pokcik jadi terlalu perlahan.... 

Bila line internet perlahan, pokcik tumpu pada penuilisan yang lain, jadinya bukan pokcik hilang fokus pada blog cuma beralih angin sekejap.
Continue Reading…

Jumaat, 24 Oktober 2014

Rabu, 22 Oktober 2014

Yakin dan terus usaha


Petang tadi pokcik singgah di pasar raya menemani isteri selepas menutup kedai kami. Pokcik tertarik dengan kegigihan tiga remaja meniaga kentang spring,dan air kelapa dengan van.

Pokcik teringat pada dua beradik kawan pokcik yang pernah meniaga  air tebu sewaktu remaja dulu. Kawan pokccik dua beradik sekarang ini merupakan antara peniaga yang berjaya. Manakala pokcik pula bermula lewat dan memerlukan masa rasanya untuk berjaya.

Pokcik yakin remaja ini akan berjaya sepertimanna kawan pokcik tu lima tahun nanti atau sepuluh tahun nanti kalau mereka terus gigih berusaha tanpa jemu.. yakin dan terus usaha.

Continue Reading…

Selasa, 21 Oktober 2014

Meja kerja #12 - Crispy Choco Jar


Pokcik ni kalau waktu rehat tak keluar pokcik sekadar berada diruang lingkup kerja sahaja. Makan minum di meja kerja.. dan hari ini pokcik bawa satu set Crispy Choco Jar untuk makan tengah hari ini..

Cara makan dia simple.... panaskan air dan letakkan botol crispy di dalam air biar coklat mencair lepas tu jeng..jeng.. jeng.. sedia untuk dimakan.

bagi yang berminat untuk mencuba bolehlah hubungi pokcik atau komen dibawah atau whatsapp pokcik di nombor "Choco" 01129386424.

untuk harga dia boleh tengok di SINI

Continue Reading…

Isnin, 20 Oktober 2014

RM800 sehari... biar betul ni


RM800 sehari. Terkejut pokcik apabila diberitahu oleh sahabat pokcik, seorang ustaz tentang pendapatan yang dihasilkan oleh seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah. Biar betul budak ni buat..

Bagaimana dia menjual, ramai sahabat-sahabat yang lain bertanya... dan kami semua dimaklumi secara offline dan online. Budak ini menggunakan Instagram sebagai medium jualan. memang pokcik akui kalau bijak menggunakannya memang berbaloi.

Produk yang dijual pula ialah Crispy Choco Jar (produk homemade) yang dihasilkan oleh kakak sahabat pokcik...Kalau berminat untuk mendapatkan produk ini boleh hubungi pokcik..

Crispy Choco Jar kecil harga dia RM6.00, Crispy Choco Jar Ori RM8.00 dan Crispy Choco Jar Oreo RM10.00 tidak termasuk kos penghantaran

Continue Reading…

Ahad, 19 Oktober 2014

Segmen Bloglist Blogger Terhebat Blog Parih

http://blogparihh.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-blogger-terhebat-blog.html 

Hari ini pokcik kehilangan kata, kekeringan idea untuk diterjemahkan disini walaupun disekeliling penuh dengan bahan-bahan untuk berkongsi cerita. Mana mungkin mampu bercerita setiap kali mahu untuk mengetik keyboard laptop ini tiba-tiba diri ini kehilangan fokus.

Dalam diri tidak bermaya letih lesu memerah idea. Sang penyelamat hadir membuka bicara... kalau tidak sepilah hari ini blog pokcik ini tanpa kata..

Apakata ikut pokcik join segmen di Blog Parihh ni... walaupun tak sampai sebulan blog ini diwujudkan tapi dah nampak aura kehebatannya. marilah pakat-pakat join segmen ni... klik banner atas tu
Continue Reading…

Sabtu, 18 Oktober 2014

T'shirt mAc PokcikBlogger

 
T'shirt m.A.c (Mafiaz Angler Club) yang pokcik tempah dari rakan pokcik selamat sampai kat tangan pokcik sekejap tadi. Jam 10 pagi semalam sahabat pokcik yang tinggal di Selayang Lama hantar melalui perkhidmatan Poslaju dan ketika ini dah pun berada ditangan pokcik.. cepatkan.

m.A.c ni adalah kelab memancing yang diasaskan oleh Abez Maffiaz, rakan sepermainan pokcik semasa kecil. Kami sama-sama berkubang dalam selut, menangkap ikan dibendang, melastik burung dan semua aktiviti kanak-kanak masa itu.  Sekarang ni sahabat pokcik ni telah tinggal di Selayang.... kami berpisah sebaik sahaja beliau tamat SPM (beliau lebih tua setahun daripada pokcik). Terputus hubungan selama hampir 23 tahun dan bertemu semula melalui facebook.

Selepas itu beliau meng'add'kan pokcik dalam kelab memancingnya. bukan setakat jadi ahli kelab dalam facebook sahaja... pernah beberapa kali beliau pulang ke kampung asal dan kami memancing bersama.

Facebooklah yang menemukan kami semula...

Continue Reading…

Jumaat, 17 Oktober 2014

Channel Set Perfume Giveaway by Melangkau Garisan


Sudah lama rasanya pokcik tak join mana-mana segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Bukannya pokcik menyombongkan diri tapi coverage line internet kat rumah pokcik ni memang tahap ciput jadi kalau segmen atau GA yang dibuat oleh penganjur memerlukan banyak like itu like ini... maka pokcik tak dapat nak join... faham-faham ajelah.

Kali ini pokcik terasa nak join 2nd Giveaway MG yang dianjur oleh MG kerana syarat yang ringkas bukan kerana hadiahnya... tapi kalau dapat pun ok juga...1 set miniture perfume CHANNEL  gred 5A kalau dapat pokcik boleh pakai dan kalau tak dapat yang tu ....variety shawls tu boleh beri kat bini pokcik.... Kalau nak join klik banner atas tu.
Continue Reading…

Qaseh Gold Junior


Qaseh Gold Junior adalah minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Kismis, Tiin, Zaitun, Delima, habbatus Sauda’ dan air Zam Zam

QASEH GOLD JUNIOR MEMBANTU MENGATASI MASALAH SEPERTI
-  Demam
-  Sakit kepala
-  Hidung sering tersumbat
-  Pernafasan tersekat
-  Kerap bersin
-  Gatal hidung dan bahagian muka
-  Hidung dan mata berair
-  Kerap selsema
-  Hilang selera makan
-  Anak anda sering sembelit
-  Anak anda picky eater
-  Anak anda sering sakit/batuk/selsema
-  Anda terlalu kurus
-  yang tidak suka makan sayur
-  yang sukar makan ubat
-   yang suka makan makanan segera/makanan rapu


QASEH GOLD JUNIOR MEMBERI KEBAIKAN
-  Membekalkan Tenaga
-  Mencerdaskan Minda
-  Menguatkan Sistem Imun
-  MenyokongTumbesaran
-  Membekalkan Serat dan banyak lagi….

PENYEDIAAN SECARA AMALAN PENGILANGAN ISLAMIK (IMP)
Diperkasakan dengan bacaan Al-Quran dan doa-doa khusus oleh kakitangan yang sentiasa di dalam keadaan berwudhu yang Insya-ALLAH menghasilkan produk yang bertaraf HALALAN THOYYIBA (HALAL LAGI BAIK).
Kehebatan QASEH GOLD – gabungan pemakanan SUNNAH yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan herba tradisi serta penyediaannya secara Amalan Pengilangan Islamik (IMP).


CARA PENGAMBILAN
1 kali pagi sebelum sarapan, dan 1 kali malam sebelum tidur

SUKATAN PENGAMBILAN
1-3thn : 2.5ml
4-6thn : 5ml
6thn ke atas : 10-20ml

(UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 1-12 TAHUN.SEKIRANYA BAWAH DARI 1 TAHUN,BOLEH AMBIL CUMA KETIKA PERLU SAHAJA SEPERTI WAKTU DEMAM,SELSEMA,BATUK DAN WAKTU SAKIT-SAKIT YANG LAIN)

KANDUNGAN
430ML


Harga RM60.00 tidak termasuk kos penghantaran
untuk pembelian boleh whatsapp 'QJ' ke 01129386424

Continue Reading…

Iklan Petronas


Setiap kali musim perayaan, sama ada Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina begitu juga dihari Deepavali PETRONAS akan menerbitkan satu iklan yang menarik. Bukan sahaja menarik tetapi mennyentuh perasaan kita menontonnya...

Kali ini pun begitu juga,.. jadi pokcik nak kongsi Iklan PETRONAS .. Jom Tonton SINI atau boleh klik gambar atas.
Continue Reading…

8 jenis makanan yang membuat anda sembelit


Sembelit ialah keadaan kesukaran ketika membuang air besar atau kebiasaannya apabila seseorang tidak membuang air besar lebih dari dua hari. Golongan warga emas yang berusia lebih dari 65 tahun keatas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

Ketahui juga sembelit biasa terjadi berpunca dari makanan atau terlebih memakan.... sebagai contohnya kafein.. kopi atau teh kalau diambil dalam kadar yanng berlebihan juga menyebabkan kesukaran untuk membuang air besar...

Untuk mengetahui 8 jenis makanan yang menyebabkan anda mudah menjadi sembelit anda boleh mendapat info di SINI


Continue Reading…

Khamis, 16 Oktober 2014

Hasil dari hobi #22 - kacang panjang


Pagi tadi pokcik pergi belakang rumah... tempat yang pokcik tanam jagung dulu tapi telah ditanam dengan kacang panjang... kutip kacang..selepas ditimbang berat dalam 800 gram...kalau dibeli kat pasar rasanya adalah dalam dua tiga ringgit juga tu.... pokcik dapat jimat belanja dapur dengan nilai tu untuk kacang panjang

Yang menariknya kacang panjang ni rak payah guna kayu untuk kekacang memanjat hanya guna kayu sepanjang satu kaki sebagai sokongan. Ini bermakna bagi mereka yang mempunyai ruang yang terhad juga boleh menanam pokok ni... bukan susah pun tanam dalam polibeg sahaja.

Kacang yang pokcik tanam ni pun bukannya banyak... adalah dalam sepuluh pohon. 


Continue Reading…

Rabu, 15 Oktober 2014

Selasa, 14 Oktober 2014

Keropok sira - apa ada atas tu


Cuba perhati baik-baik gambar atas tu... apa yang ada atas keropok sira tu...Itu bulu ayam..

Keropok ni anak pokcik beli di kantin sekolah dia... tiga bungkus semuanya untuk dimakan dirumah.... Kebetulan pula bungkusan ini pokcik yang buka. Rasanya keropok sira ni bukan dihasilkan dikantin sekolah tersebut.

Biasanya makanan seperti ini dihasilkan oleh orang perseorangan untuk ditumpang letak dikantin sekolah. Bagi pokcik ni adalah kes kecuaian pembuat atau tidak perasan pada bekas yang digunakan... Bila kita tengok macam ni... kita terasa macam kotor atau ...... kau orang boleh jelaskan atau bayangkan sendiri




Continue Reading…

Meja Kerja #11 - Hari Sibuk



Dalam minggu ini, hari ini merupakan hari yang paling sibuk dengan aktiviti berkerja dari mula masuk pagi tadi pokcik dok layan buku akaun.... Rasa laju je tengok buku tunai tu... rasa seronok berkerja bila otak segar... berfikir tanpa sangkut-sangkut dan tanpa gangguan. 

Tanpa sedar tengok jam dah pukul 1 tengahhari.. kata orang kampung pokcik "dok terbongkok, tak bengoh-bengoh"...


Continue Reading…

Isnin, 13 Oktober 2014

Acik tenang hadapi PT3


Pagi tadi sebelum ke tempat kerja pokcik terlebih dahulu ke sekolah anak ketiga pokcik di SMKA Wataniah Jerteh. Anak pokcik ni akan menghadapi peperiksaan PT3 pada pagi ni.. sekurang-kurangnya kedatangan pokcik ni memberikan sedikit kekuatan semangat dia untuk memasuki dewan peperiksaan. Anak pokcik yang ini tinggal di asrama walaupun jarak antara rumah dan sekolah tak sampai pun 800 meter.

Pada majlis solat hajat dan bacaan yaasin yang lalu pokcik tidak dapat hadir. Pada waktu itu pokcik berada di unit kecemasan hospital kerana anak yang keempat pokcik mengalami alahan makanan.

Sebagai bapa tentulah pokcik mengharapkan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang..  Nasihat pokcik tadi semoga dia tenang hadapi PT3... jangan gugup bila masuk dewan.....
Continue Reading…

Ahad, 12 Oktober 2014

Biar betul #1 - Siput dot..dot...


Biar betul.. gambar dari satu group di facebook.. yang bukan sengaja pokcik join tapi dijemput secara paksa tanpa rela tetapi dengan sendir merelakan kemudiannya..

Pokcik ni salah sorang yang suka makan gulai siput tapi kalau siput yang macam kat dalam gambar tu ... biarlah dulu.. tengok tak ingin... kat kebun pokcik memang banyak... sangat gemar memanjat pokok roselle pokcik...

Tak sanggup pokcik nak makan.. nama dia pun siput dot..dot..



Continue Reading…

Bila dia minta adik


Tak terkata pokcik bila anak perempuan bongsu pokcik tu minta adik.... apa yang nak kata pokcik minta dia tanya mama dia...  ceritanya bermula bila mana anak jiran kedai pokcik datang bermain dikedai pokcik.. anak jiran bangsa pakistan yang jual karpet..

Balik rumah terus dia minta adik... haa... dengan penuh penjelasan yang berhelah... terpaksa diberi.

Continue Reading…

Sabtu, 11 Oktober 2014

Jumaat, 10 Oktober 2014

Hasil dari Hobi #21 - Sawi Jepun


Sambil-sambil menunggu pengumuman Bajet 2015 tadi pokcik sempatlah juga menyemai benih sawi jepun ni. Idea menanam sawi ni timbul bila anak perempuan pokcik sorang tu merungut tentang sayur sawi. 

Bila tanam sendiri ni kan dapatlah rasa makan sawi segar tanpa kesan penggunaan racun... biasanya pokcik tanam sawi biasa tapi kali ni tetiba terasa nak cuba tanam sawi jepun.

Bercerita pasal bajet 2015 ni pokcik tak nak ulas apa-apa... apa yang PM umum tu mungkin yang terbaik untuk negara. Tapi biarlah bajet kali ini lebih bertimbang rasa pada golongan miskin..... sebagai penjawat awam tentunya pokcik mengharapkan pemberian bonus oleh kerajaan.... 

Cuma pokcik kesian pada penoreh getah, pokcik pun penoreh getah juga... harga getah RM2.00... sekarang ni musim hujan..

Harap-harap sawi jepun pokcik ni dapat menjimatkan belanja dapur pokcik... nok pergi beli sayur dipasar minyak dah naik RM0.20..hmmmm... dah lari belanja bulanan pokcik. Semua rakyat mengharapkan yang terbaik.... seperti pokcik mengharapkan sawi pokcik ni dapat menjimatkan perbelanjaan pokcik

Continue Reading…

Khamis, 9 Oktober 2014

hasil dari hobi #20 - gurauan jus roselle

Bermula dengan sebaris ayat gurauan di group whatsapp.... jus roselle yang pokcik buat hari tu mendapat sambutan. Buat permulaan hari ini pokcik membawa ke tempat kerja sebanyak lima botol... dengan harga RM5 sebotol habis terjual dalam sekelip mata. Ada rakan-rakan yang meminta pokcik bawakan lagi pada ahad nanti... ada yang meminta pokcik buat jem... inilah hasil dari hobi yang tak tersangka yang bermula dari satu gurauan
Continue Reading…

Rabu, 8 Oktober 2014

Selasa, 7 Oktober 2014

Hasil dari hobi #19 - Bagaimana membuat jus roselle


Pokok roselle pokcik yang ditanam tu lebat sungguh berbunga... bukannya banyak yang pokcik tanam, adalah dalam tiga pokok.... dari membazir begitu sahaja bunganya pokcik pun cubalah buat air dari bunganya... itu pun setelah bertanya dari mak macam mana cara nak buat.

Rupanya bukan susah sangat nak buatnya.... Kelopak bunga roselle ni disiat atau koyak lepas tu masukkan dalam periuk... campur air kalau tiada air gerenti tak jadi. Selepas air mendidih barulah dimasukkan gula.... jeng.. jeng jadilah sirap roselle..selepas ni pokcik nak buat jem dari roselle pula.

(p.s. botol atas tu pokcik guna botol air mineral je)



Continue Reading…

Majlis akad nikah Mohd Razif


Mohd Razif ni merupakan sepupu pokcik yang berkerja di sebuah syarikta komputer di Kuala Lumpur manakala pasangannya  Wan Nur Ain juga berkerja di Kuala lumpur... tang mana kerja tu taklah pokcik tahu. Majlis akad nikah tu diadakan di madrasah berhampiran rumah pengantin perempuan di Kawasan perumahan Amer Kampung Alor Lintang.

Kalau semalam majlis akad nikah, petang pula merupakan majlis mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.. kat tempat pokcik ni orang panggil 'berlarak". Tahniahlah untuk sepupu pokcik dah jadi suami orang tu jadilah suami yang baik, penyayang yang paling penting suami yang solehah.



Continue Reading…

Ahad, 5 Oktober 2014

Jumaat, 3 Oktober 2014

Al-fatihah

Pagi ini mendapat perkhabaran dari adik rakan yang menyatakan abangnya baru sahaja meninggal dunia.. Al-fatihah buat arwah semoga ditempat bersama-sama orang yang beriman. .. 

Arwah merupakan jiran, sahabat dari kecil.... rakan sepermainan, adalah seorang duda.. lebih muda setahun dari pokcik. Beliau meninggal kerana sakit jantung.
Continue Reading…

Khamis, 2 Oktober 2014

Tip jimat duit belanja dapur

Harga minyak naik 20sen... betul ke... betullah tu. Ramai kawan-kawan pokcik dok keluh kesah perihal kenaikan ini.. dalam whatsap macam macam cerita. Bila duit minyak bulanan dah meningkat.. Pokcik tak kisah ke... sapa kata pokcik tak kisah... pokcik pun naik kereta ulang alik tempat kerja. Kalau yang naik tu tetap dah naik apa kata kita jimat kat tempat lain pula.. Poket kita tetap sama tiap-tiap bulan lain lah yang dok niaga tu..

Pokcik ada satu cadangan ... bukan cadangan pun pokcik dah lama buat... apa kata kalau pakat-pakat tanam sayur.... dapat juga jimat duit belanja dapur. Bukan susah pun tanam dalam polibeg... tak susah mana.. mula-mula tu memanglah susah sikit... kena beli tanah, beli biji benih dan polibeg... Kenapa pokcik cadangkan polibeg... polibeg nikan murah kalau nak bandingkan dengan pasu.. tak perlu tempat yang luas.. boleh alih-alihkan sana sini.. tak perlukan penjagaan sepanjang masa hanya sedikit pemerhatian dan penjagaan

Macam pokcik ni kan... semuanya pokcik beli kat kedai dua ringgit.. Tadi pokcik masuk sekali lagi kedai dua ringgit tu... pokcik beli benih sawi jepun... ingat esok nak cuba semai dia.. pokcik belum ada pengalaman tanam sawi jepun ni kalau sawi biasa tu dah acapkali tanam dah.. waktu jarak tanam sawi ni hingga ke tuai hasilnya dalam lingkungan empat puluh lima hari..

Beberapa jenis tanaman sayuran keperluan yang patut ditanam tepi rumah untuk menjimat belanja dapur :-

Sawi
Terung
Cili
Tomato
Kangkung 
Serai
Halia
Kunyit
Bayam
Bawang merah....

Ada lain-lain cadangan, boleh kongsi-kongsikan dengan pokcik... kalau ada masalah pun boleh tanya pokcik.. kita sama-sama tukar pendapat
Continue Reading…

Hasil dari hobi #18 - tomato ceri


Ini dari pokok yang ditanam dalam polibeg depan rumah.. menjadi kesukaan anak-anak untuk dicampur bersama masakan terutamanya bila emak dia orang masak mee goreng atau nasi goreng.... manis katanya, tak macam yang dibeli kat pasar atau kedai... tak taulah kat mana yang manisnya. Pastinya bila tanam sendiri ni kita tak guna racun... baja pun pokcik buat sendiri..

Continue Reading…

Kulat Gajah..?


Betul ke ni kulat gajah?... Sebenarnya pokcik tak tahu.. Kulat ni memang besar dan pokcik tak pernah tengok lagi sebelum ni. Pagi ni adik pokcik tunjuk tempat kulat ni tumbuh dipangkal pokok limau kasturi.. bila tanya emak... emak sendiri tak tahu. Jadi adik pokcik panggil kulat gajah.. senang-senang dia taruk nama macam tu..

boleh makan kulat ni?.. makanlah makan... kulat ni spesis memabukkan.. agak-agaknya kalau kita makan terbelalak bijik mata..
Continue Reading…

Mesyuarat AJK KEPTAN


Petang semalam berlangsungnya mesyuarat AJK KEPTAN Cawangan Besut. KEPTAN tu adalah bagi Kesatuan Pembantu Tadbir... sebenarnya ini merupakan kali pertama pokcik hadir mesyuarat  ini setelah menang dalam percalonan pada mesyuarat Agong yang lalu.

Sebagai ahli jawatankuasa yang baru... banyaklah yang pokcik kena belajar dari sahabat-sahabat jawatankuasa lama.. sama-sama berkongsi idea dalam pembangunan dan kerja buat jawatan ini.


Continue Reading…

Rabu, 1 Oktober 2014

Berdua


Kalau sehari dua yang lalu pokcik keseorangan berkayuh empat lima kilometer, semalam pokcik dah ada kawan... kebetulan jiran pokcik yang berkerja sebagai jururawat di Hospital Raja Permaisuri Ipoh ada balik bercuti... adalah juga kawan yang menemani berkayuh basikal. Walaupun usia dia lebih muda tak kesahkan...janji ada teman.

Bila dah ada kawan tu... jarak kayuhan jauhlah sedikit dari biasa.... kali ni pokcik ke Tasik Durian Telur. sambil tengok-tengok pemandangan kat sana.. Tapi hari ini pokcik akan kembali keseorangan bilamana dia kembali bertolak ke Ipoh


Continue Reading…

GiveAway by Gobokita : Aksara Biru


Pokcik Follower yang ke 68
liker FB
follower IG yang ke 942

Jom kita pakat join giveaway ni,
Hadiah pun ok juga ni :
3x Wideshawls
1x Marsjar Ori Mini
1x Marsjar Oreo Mini
6x Manik Hijab Pin

GiveAway berlangsung selama sebulan. Bermula 1 Oktober 2014 sehingga 1 November 2014 jam 11.59pm.

Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates