Selasa, 23 September 2014

Mengapa kucing mempunyai misai

Share it Please

Petang tadi aku dengar emak aku membebel pada cucunya  (anak kakak aku) .... ingatkan pasal apa rupa-rupanya ketiga-tiga kucing peliharaan dah tiada misai, semuanya dah kontot... patutlah pun rupa-rupannya dah kena  gunting.

Dengan jelas aku dengar mak aku kata.... "macam mana kucing nak cari makan kalau tiada misai"..Apa kaitan kucing dengan misai.

Misai kucing begitu sensitif yang mana mereka boleh mengesan segala perubahan dalam arah angin. Sebagai contohnya kucing dapat menghidu tikus pada waktu malam walau dari jarak yang sedikit jauh.

Selain dari sebagai fungsi deria atau radar pada waktu malam misai pada kucing juga merupakan petunjuk kepada perasaan sesekor kucing sebagai contohnya apabila kucing dalam keadaan berang/marah, misainya akan naik keatas begitu juga apabila keadaan kucing gembira atau ingin tahu sesuatu kandungan atau berada dalam keadaan biasa misainya seakan tertolak ke hadapan.


1 ulasan:

MG schmidt berkata...

haah betul
misai kucing tu perlu utk dia hidup jg tu :)
biasalah budak2 nakal ..huhu