Selasa, 30 September 2014

Hasil dari hobi #17 - Serangan kulat


Pagi ni pokcik pergi tengok lada belakang rumah. Rupa ada tiga pokok lada yang ditanam dalam polibeg telah terkena serangan kulat. Tandanya buah lada akan menjadi kering seperti hangus (seperti dalam gambar). 

Sebenarnya pokcik tidak menggunakan sebarang racun kulat bagi tujuan pencegahan kerana tujuan penanaman sebenarnya bukannya untuk komersial... mahu bebas dari sebarang racun kimia. Jadi bila terkena seperti ini, pokcik akan mengutip buah lada ini dan membuangnya jauh-jauh supaya tidak menjangkiti ke pokok yang lain. 

Kalau tanda-tanda serangan makin kuat, apa yang perlu dilakukan atau cara yang paling baik ialah mencabut pokok lada ini dan buang atau bakar.... serangan kulat seperti ini biasanya bermula dari akar lagi.....

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates