Ahad, 28 September 2014

Hasil dari hobi #16 - Mengusir mitos 'tangan panas'


"aku tak boleh tanam tangan aku panas" itu antara percakapan yang biasa pokcik dengar.

Ucapan dan ungkapan itu pokcik tak nafikan kerana ia telah berakar umbi dikalangan masyarakat kita sejak dari dahulu lagi dan perkara ini pernah terjadi pada pokcik, emak pokcik dan isteri pokcik.

Contohnya yang terjadi pada pokcik ialah pokcik cuba tanam tebu.... tanam dibibir mulut... kali pertama ditanam tidak tumbuh, kali kedua juga sama... kali ketiga pun.. beberapa kali dibuat pun sama... terasa macam betul apa yang orang kata.. Akhirnya pokcik cuba kenal pasti apa puncanya. Pertamanya berlaku mungkin tidak kesesuaian tanah untuk tanaman tersebut.. atau tanah kurang berbaja... bila semua itu dikenal pasti tebu yang ditanam mula menjadi.

Jadi pada pendapat pokcik ialah mitos 'tangan panas' ini dapat diusir, kalau tidak menjadi cuba lagi... tanam ini bukan sekadar letak dalam tanah tinggal begitu sahaja. Kandungan atau keasidan tanah juga perlu diambil kira.... membaja dan menyiram perlu dilakukan bila sampai waktunya.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates