Jumaat, 26 September 2014

Hasil dari hobi #14 - betik jantan berbunga

Share it Please
Dalam melakukan aktiviti penanaman sebagai hobi, bagi aku tiada istilah tangan sejuk ... kata orang kampung aku 'sekung rasi' atau keserasian. Isteri aku pernah bangkitkan perkara ini suatu ketika dahulu bilamana ia cuba menanam sayuran tetapi tidak menjadi.

rakan-rakan aku juga pernah bertanya tentang perkara ini.... aku katakan pada mereka,.. menanam ini bukan setakat ambil benih taruh dalam bekas atau tanah dan siram sahaja.. ia perlu disemai dengan kasih sayang.. apa yang dimaksudkan ialah cara penjagaan dan pemerhatian yangb berterusan... bermula dari aspek siraman, pembajaan dan penyakit pokok.

Percaya atau tidak mahu percaya perkara ini memang pernah dan sememangnya terjadi terhadap diri aku.. telah beberapa kali cuba menanam tebu dan tebu yang ditanam itu tidak membiak



Diatas adalah merupakan betik madu... aku tanam sebanyak dua belas pokok dan dua polibeg pula aku hadiahkan pada mak.. rungutan dari mak aku selepas itu, katanya dua pokok yang ditanamnya adalah betik jantan (betik rambai) istilah yang digunakan oleh mak aku. dan katanya setiap kali ia tanam betik. Betik itu akan menjadi betik rambai..

Gambar bawah itu adalah merupakan bunga dari betik jantan.. cuba perhatikan perbezaan antara kedua gambar ini. Buah betik rambai ini adalah lebih kecil dari buah betik biasa. buah betik rambai yang kecil ini ada khasiat perubatan sendiri. 

Nak tahu khasiatnya?... bagi mereka yang mengalami masalah medu atau uluran angin.. buah betik rambai ini dibakar sehingga hitam dan dibuat tungku sebagaimana oang perempuan yang bersalin bertungku.. perkara ini pernah aku buat dan sekurang-kurangnya meredakan sakit yang dialami...

nak cuba?...



Tiada ulasan: