Khamis, 25 September 2014

Hasil dari hobi #13 - Permintaan sahabat

Share it Please

Atas permintaan rakan-rakan yang ingin sangat pada anak pokok limau nipis, limau kasturi dan limau purut... maka aku dengan senang hati menyemai benih limau-limau ini. Pokok limau ini bukan macam benih sayuran yang cepat membesar.. limau ni jenis lambat sedikit..

Nama lagi hasil dari hobi, bukan semua aku bagi free. Semua kena ambil kira, tanah semaian (tanah media tanaman) plastik polibeg dan tanah merah yang subur untuk diisi dalam polibeg tu bukannya aku dapat free.... semua tu bayar...

Ada dua tiga rakan yang datang berkenan dengan pokok tomato ceri aku... tapi sayang... jualan untuk pokok tomato ceri dah aku tutup.. pokok dah besar dan sudah berbuah.


Ada rakan-rakan yang telah dapat pokok-pokok ini dari aku dua minggu lepas menyatakan pokok  ceri mereka telah berbuah.. Anak-anak mereka suka pungut buah tomato ini untuk dimasukkan ke dalam  masakan.... segar dari ladang katanya...

1 ulasan:

Mila Hilas berkata...

untungla tgn sejuk org Kate.hehe