Sabtu, 6 September 2014

Hasil dari hobi #11 - Kacang panjang

Share it Please

Alhamdulillah... hari ini dapat ku gagahkan diri untuk melihat sayuran di sekeliling rumah setelah dua hari tubuh rasa lesu tak bermaya... batuk dan perit tekak serta selsema yang melanda belum lagi reda...

Tengahhari nanti pula terpaksa ke kedai kami di bandar Jerteh.. menemani isteri yang tidak dapat bergerak dengan sempurna.. kaki terseliuh kerana terjatuh ditangga depan rumah petang kelmarin..

Tapi seperti biasa kalau diri terasa sihat.. kalau pagi-pagi tak melihat sayur-sayur ini membesar... tak sempurnalah hari itu rasanya..

Hasil dari pemerhatian pagi ini....kacang panjang yang disemai dalam tray semaian dua minggu lepas sudah amat sesuai untuk dipindahkan ketempat penanaman. Kacang panjang ini jenis pokok renek dan amat sesuai untuk ditanam didalam polobeg kerana ia tidak memerlukan kayu sokongan... pokok setinggi paras lutut dan buah hampir sama panjang dengan pokok kacang biasa..


Tiada ulasan: