Selasa, 23 September 2014

Ada toyol rumah aku

Ada yang perasan tak blog ni telah bertukar wajah... kalau sahabat biasa berkunjung ke blog ini tentu perasan yang blog ini telah bertukar wajah..... Hasrat hati untuk menukar template telah lama aku simpan dalam hati cuma sebelum ini masa yang membataskan... 

Semalam aku didatangi seorang sahabat sekampung... walaupun sekampung kita orang jarang berjumpa. dalam dok bersembang akhirnya dia buka cerita.

"Rumah aku ada toyol" katanya..

"apa yang hilang" aku cuba merujuk pada individu yang biasanya mencuri kat dirumah.

"Bukan orang tapi memang toyol, kecil, kepala besar dan mata besar merah menyala" katanya lagi.

"Bukankah kau dah tangkap sumbat dalam botol dulu" kata aku cuba bergurau dan merujuk pada cakap-cakap besar dia sewaktu dulu.


"Rumah tu ada saka" tiba-tiba emak aku mencelah. 

Dan memang benarlah seingat aku dan sebagaimana yang dicerita dan yang aku tahu tok nenek dia dulu ada 'bela' .... sehingga sekarang sudah tidak bertuan.... dan iblis itu akan menjelmakan diri dia dalam pelbagai bentuk dan rupa.



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates