Selasa, 30 September 2014

Hasil dari hobi #17 - Serangan kulat


Pagi ni pokcik pergi tengok lada belakang rumah. Rupa ada tiga pokok lada yang ditanam dalam polibeg telah terkena serangan kulat. Tandanya buah lada akan menjadi kering seperti hangus (seperti dalam gambar). 

Sebenarnya pokcik tidak menggunakan sebarang racun kulat bagi tujuan pencegahan kerana tujuan penanaman sebenarnya bukannya untuk komersial... mahu bebas dari sebarang racun kimia. Jadi bila terkena seperti ini, pokcik akan mengutip buah lada ini dan membuangnya jauh-jauh supaya tidak menjangkiti ke pokok yang lain. 

Kalau tanda-tanda serangan makin kuat, apa yang perlu dilakukan atau cara yang paling baik ialah mencabut pokok lada ini dan buang atau bakar.... serangan kulat seperti ini biasanya bermula dari akar lagi.....

Continue Reading...

Isnin, 29 September 2014

Keseorangan


Memang pokcik akui dalam bab berbasikal ni ianya dah jadi hobi baru,... tapi kesian. pokcik kena layan seorang diri kerana kat kawasan rumah pokcik ni tiada yang minat berbasikal... jadi pokcik sentiasa berkayuh keseorangan. 

Kalau nak berkayuh secara kumpulan terpaksalah kena jumpa kawan-kawan yang berkumpul di kawasan bandar Jerteh, tu pun jarak dia dalam tiga kilometer.... ada sorang dua yang minat pun, dia orang kerja jauh sekali sekala bila dia orang balik hari minggu, bolehlah konvoi bersama. Kalau tidak jawabnya memang keseoranganlah berkayuh... paling tidak pun pokcik nyakat anak-anak saudara mara keliling kawasan rumah ni.. macam yang bawah tu kan..


Continue Reading...

Ahad, 28 September 2014

segmen: saya sayang blog saya


Rasa-rasa pokciklah,.. Ayu Insyirah adalah antara blogger yang rajin buat segmen..
Dah agak lama pokcik tak join segmen yang beliau anjurkan, jadi kali ini pokcik nak ajak kalian semua join segmen ayu ni.. moh kite join. macam biasalah klik banner atas tu.

Continue Reading...

Hasil dari hobi #16 - Mengusir mitos 'tangan panas'


"aku tak boleh tanam tangan aku panas" itu antara percakapan yang biasa pokcik dengar.

Ucapan dan ungkapan itu pokcik tak nafikan kerana ia telah berakar umbi dikalangan masyarakat kita sejak dari dahulu lagi dan perkara ini pernah terjadi pada pokcik, emak pokcik dan isteri pokcik.

Contohnya yang terjadi pada pokcik ialah pokcik cuba tanam tebu.... tanam dibibir mulut... kali pertama ditanam tidak tumbuh, kali kedua juga sama... kali ketiga pun.. beberapa kali dibuat pun sama... terasa macam betul apa yang orang kata.. Akhirnya pokcik cuba kenal pasti apa puncanya. Pertamanya berlaku mungkin tidak kesesuaian tanah untuk tanaman tersebut.. atau tanah kurang berbaja... bila semua itu dikenal pasti tebu yang ditanam mula menjadi.

Jadi pada pendapat pokcik ialah mitos 'tangan panas' ini dapat diusir, kalau tidak menjadi cuba lagi... tanam ini bukan sekadar letak dalam tanah tinggal begitu sahaja. Kandungan atau keasidan tanah juga perlu diambil kira.... membaja dan menyiram perlu dilakukan bila sampai waktunya.


Continue Reading...

Tukar domain


Sekarang ni pokcik dah tukar domain, dah tiada lagi kecekkira.blogspot .com.. tengok url blog tukan.. dah jadi pokcikblogger.com.. platform asal tetap blogspot.com hanya domaian sahaja yang bertukar

Niat asal nak pakai dot com ni dah lama.. cuma tak berkesempatan untuk benar-benar serius bertukar... mulanya keliru nak pakai nama apa.. tapi bila ada yang ada dok tegur uncle dan pak cik maka timbullah idea nak pakai pokcikblogger ni..

Untul pembelian domain dan setup blogni pokcik guna khidmat Pakar Niaga dan memang puas hatilah dengan khidmat dan layan dari dia orang.. 
Continue Reading...

Sabtu, 27 September 2014

KENAPA REBORN KENA ADA DI SETIAP MEJA SOLEK SEMUA WANITA

REBORN ESSENCE OF YOUTH SERUM
SERUM AJAIB DI DALAM BOTOL


REBORN ALTERNATIVE BOTOX SEMULA JADI
  1. Menghilangkan kedutan dan garis garis halus
  2. Mencerahkan kulit muka agar nampak berseri
  3. Meratakan warna kulit wajah
  4. Mengebukan kulit wajah seperti kulit bayi
  5. Menjadikan kulit wajah lebih anjal dan tegang
  6. Menghilangkan jeragat dan bintik bintik hitam
  7. Membantu mengecilkan liang -liang pori wajah
  8. Mengandungi sunscreen ,melindungi kulit dari sinaran UV
  9. Menghilangkan eye bags dan juga merawat droopy eyes
  10. Menaikkan semula kulit pipi yang telah jatuh
  11. Membuatkan bibir kelihatan lebih sexy dan bermaya
  12. Menghilangkan stretch mark di seluruh badan
  13. Melembutkan/melembabkan tekstur kulit – membuat kulit anda glowing
  14. Menegangkan dan menganjalkan buah dada
  15. Merangsangkan pembentukkan collagen dibawah kulit
  16. Menghilangkan jerawat
  17. Merawat luka jerawat
  18. Menghilangkan kutil kutil daging di wajah
  19. Menghilangkan garis garis halus di bawah leher
  20. Membentuk muka menjadi lebih terbentuk/tirus
Harga : RM130.00
whatsapp 'RE" ke 01129386424
Continue Reading...

Hasil dari hobi #15 - Mahkota Dewa


Pagi-pagi lagi dah turun keliling rumah, tengok pokok sayuran... tengok mana yang patut, siram air dan membaja. Tiba-tiba teringat pada buah mahkota dewa yang isteri bawa balik dari rumah jiran semalam. Terlintas dihati nak tanam/semai dalam polibeg.. 

Macam biasa tanah untuk semaian ni bukannya mahal.. tanah ni dibeli di kedai 2ringgit je.. satu beg tu hanya RM2.00 je. untuk jimatkan penggunaan tanah tu, aku campur dengan tanah biasa sedikit. Lima polibeg pokok mahkota dewa siap disemai hari ini, hanya tunggu ia tumbuh.

Mahkota dewa banyak khasiatnya,... tak payah aku nak cerita google sahaja banyak blog dan website yang dah cerita... jom berkebun tepi rumah.

Continue Reading...

Jumaat, 26 September 2014

Hasil dari hobi #14 - betik jantan berbunga

Dalam melakukan aktiviti penanaman sebagai hobi, bagi aku tiada istilah tangan sejuk ... kata orang kampung aku 'sekung rasi' atau keserasian. Isteri aku pernah bangkitkan perkara ini suatu ketika dahulu bilamana ia cuba menanam sayuran tetapi tidak menjadi.

rakan-rakan aku juga pernah bertanya tentang perkara ini.... aku katakan pada mereka,.. menanam ini bukan setakat ambil benih taruh dalam bekas atau tanah dan siram sahaja.. ia perlu disemai dengan kasih sayang.. apa yang dimaksudkan ialah cara penjagaan dan pemerhatian yangb berterusan... bermula dari aspek siraman, pembajaan dan penyakit pokok.

Percaya atau tidak mahu percaya perkara ini memang pernah dan sememangnya terjadi terhadap diri aku.. telah beberapa kali cuba menanam tebu dan tebu yang ditanam itu tidak membiak



Diatas adalah merupakan betik madu... aku tanam sebanyak dua belas pokok dan dua polibeg pula aku hadiahkan pada mak.. rungutan dari mak aku selepas itu, katanya dua pokok yang ditanamnya adalah betik jantan (betik rambai) istilah yang digunakan oleh mak aku. dan katanya setiap kali ia tanam betik. Betik itu akan menjadi betik rambai..

Gambar bawah itu adalah merupakan bunga dari betik jantan.. cuba perhatikan perbezaan antara kedua gambar ini. Buah betik rambai ini adalah lebih kecil dari buah betik biasa. buah betik rambai yang kecil ini ada khasiat perubatan sendiri. 

Nak tahu khasiatnya?... bagi mereka yang mengalami masalah medu atau uluran angin.. buah betik rambai ini dibakar sehingga hitam dan dibuat tungku sebagaimana oang perempuan yang bersalin bertungku.. perkara ini pernah aku buat dan sekurang-kurangnya meredakan sakit yang dialami...

nak cuba?...



Continue Reading...

giveaway 2 september 96


Selamat hari Lahir RATU...
Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang sempurna, 
dipanjangkan usia dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian... amin.

Marilah sahabat blogger kita sama-sama raikan BIRTHDAY 
sahabat blogger kita ini... mari pakat sambut dengan klik banner atas tu
atau klik SINI aje
Continue Reading...

Khamis, 25 September 2014

Hasil dari hobi #13 - Permintaan sahabat


Atas permintaan rakan-rakan yang ingin sangat pada anak pokok limau nipis, limau kasturi dan limau purut... maka aku dengan senang hati menyemai benih limau-limau ini. Pokok limau ini bukan macam benih sayuran yang cepat membesar.. limau ni jenis lambat sedikit..

Nama lagi hasil dari hobi, bukan semua aku bagi free. Semua kena ambil kira, tanah semaian (tanah media tanaman) plastik polibeg dan tanah merah yang subur untuk diisi dalam polibeg tu bukannya aku dapat free.... semua tu bayar...

Ada dua tiga rakan yang datang berkenan dengan pokok tomato ceri aku... tapi sayang... jualan untuk pokok tomato ceri dah aku tutup.. pokok dah besar dan sudah berbuah.


Ada rakan-rakan yang telah dapat pokok-pokok ini dari aku dua minggu lepas menyatakan pokok  ceri mereka telah berbuah.. Anak-anak mereka suka pungut buah tomato ini untuk dimasukkan ke dalam  masakan.... segar dari ladang katanya...

Continue Reading...

Rabu, 24 September 2014

Segmen Blogwalking Bersama Bazlia Amoza


Pada asalnya aku tak berapa nak join segmen ni...sebabnya tuan blog ni kata dia nak kenal blogger-blogger yang hebat.... hebat sangat ke aku sampai aku nak join sangat segmen... 

Yang pastinya kalau aku tak join, aku bukan blogger yang hebat...lebih baik aku join... bila lagi aku nak perasan yang aku ni blogger yang hebat seantero Malaysia... Jom join segmen ni... klik-klik banner atas tu atau klik SINI.. (maaflah tuan tanah.. ala gurau-gurau gitu).

Continue Reading...

Majlis Sambutan Hari Susu Sedunia

Tepat Jam 10.00 pagi  tadi berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia (PS1M) peringkat sekolah tempat aku bertugas. Sambutan diadakan secara ringkas di dataran sekolah....  Program ini sebenarnya diadakan secara serentak disekolah seluruh Malaysia. 

Program Susu 1Malaysia ini adalah sebahagian dari hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas.... bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa hadapan, mendidik pelajar bagi membiasakan diri minum susu setiap hari.








Continue Reading...

Selasa, 23 September 2014

Siapa yang mahu melancong ke Australia, Jepun dan banyak lagi harga serendah RM1.33?


Untuk masa yang terhad sahaja, Astro memberikan tiket penerbangan pergi balik PERCUMA kepada mana-mana salah satu daripada destinasi ini dengan SETIAP langganan talian mana-mana pakej Astro. 

Harga serendah RM1.33 sehari, kini anda boleh menikmati yang terbaik daripada Astro hiburan dan percutian luar negara! Apa yang anda menunggu? Isikan butir-butir anda di SINI
Continue Reading...

Mengapa kucing mempunyai misai


Petang tadi aku dengar emak aku membebel pada cucunya  (anak kakak aku) .... ingatkan pasal apa rupa-rupanya ketiga-tiga kucing peliharaan dah tiada misai, semuanya dah kontot... patutlah pun rupa-rupannya dah kena  gunting.

Dengan jelas aku dengar mak aku kata.... "macam mana kucing nak cari makan kalau tiada misai"..Apa kaitan kucing dengan misai.

Misai kucing begitu sensitif yang mana mereka boleh mengesan segala perubahan dalam arah angin. Sebagai contohnya kucing dapat menghidu tikus pada waktu malam walau dari jarak yang sedikit jauh.

Selain dari sebagai fungsi deria atau radar pada waktu malam misai pada kucing juga merupakan petunjuk kepada perasaan sesekor kucing sebagai contohnya apabila kucing dalam keadaan berang/marah, misainya akan naik keatas begitu juga apabila keadaan kucing gembira atau ingin tahu sesuatu kandungan atau berada dalam keadaan biasa misainya seakan tertolak ke hadapan.


Continue Reading...

Segmen drop your link by Adinda Baizura Mazlan


Segmen ini akan tamat pada 24 September ni..
moh kite pakat join

Continue Reading...

Ada toyol rumah aku

Ada yang perasan tak blog ni telah bertukar wajah... kalau sahabat biasa berkunjung ke blog ini tentu perasan yang blog ini telah bertukar wajah..... Hasrat hati untuk menukar template telah lama aku simpan dalam hati cuma sebelum ini masa yang membataskan... 

Semalam aku didatangi seorang sahabat sekampung... walaupun sekampung kita orang jarang berjumpa. dalam dok bersembang akhirnya dia buka cerita.

"Rumah aku ada toyol" katanya..

"apa yang hilang" aku cuba merujuk pada individu yang biasanya mencuri kat dirumah.

"Bukan orang tapi memang toyol, kecil, kepala besar dan mata besar merah menyala" katanya lagi.

"Bukankah kau dah tangkap sumbat dalam botol dulu" kata aku cuba bergurau dan merujuk pada cakap-cakap besar dia sewaktu dulu.


"Rumah tu ada saka" tiba-tiba emak aku mencelah. 

Dan memang benarlah seingat aku dan sebagaimana yang dicerita dan yang aku tahu tok nenek dia dulu ada 'bela' .... sehingga sekarang sudah tidak bertuan.... dan iblis itu akan menjelmakan diri dia dalam pelbagai bentuk dan rupa.



Continue Reading...

Isnin, 22 September 2014

1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN


Hadiah-hadiah pun  boleh tahan ni....
klik banner... join



1. RM 100 x 1
2. Dress labuh x 2 - By 7teencollection
3. Beats MP3 Player x 6
4. Gelang Mutiara x 1- By Blogger Miss Boo
5. 1 Shirt ( Short/Long sleeves) x 1
Continue Reading...

Sabtu, 20 September 2014

GIVEAWAY September by Karya Mahirah

Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

Continue Reading...

Giveaway Sexy Shades


Macam biasa kalau nak join sama mesti klik banner..




Continue Reading...

Jumaat, 19 September 2014

Baiki Skrin Laptop


Semalam aku ada ceritakan tentang skrin laptop aku yang rosak... Alhamdulillah skrin tu dah ditukar dengan yang baru.... kos keseluruhan untuk tukar skrin ni RM350 campur dengan format dan beli sekor tikus .... semalam habislah dalam lingkungan RM430.00.

Kalau kat Jerteh ni aku biasanya akan ke Jerteh Computer Centre... sama ada untuk baiki atau membeli accesories komputer....

Continue Reading...

Khamis, 18 September 2014

Perjalanan Blog Bersama Nur as


Satu, dua, tiga, empat, dan enam dah buat..... yang kelima tu rasa susah sikit... nak puji cantik tak dapat tengok wajah asyik galas beg pandang belakang susahlah...

Laa... rupanya dia minta komen blog dia... maaflah ye tuan rumah.... cantik..cantik blog tu (tuan dia pun cantik kan..kan).. loading pun ok tak ciput. Pandangan akulah cukup ikhlas ... sebagai seoarang yang telah sedikit berusia tapi tak tua .. belum lagi boleh dikelaskan otai atau orang lama tapi dah terpaksa kena pakai spek... memang cantiklah... tak serabut mata aku memandang... apa pulak komen kau orang.. jom join segmen ni.




Continue Reading...

Pemenang Merdeka contest


Dah tahu siapa pemenang ESCAPE Shots - Merdeka Video Contest... kalau belum apa kata klik gambar atas tu untuk tonton atau klik SINI.. 

Hasil dari pemerhatian aku ....bakat-bakat baru/muda ini sangat kreatif dalam mengolah erti kemerdekaan dari sisi pandangan mereka.

Continue Reading...

Skrin laptop rosak


Ini cerita semalam.... dalam kalut nak angkat laptop terus tertekan atas skrin terus jadi macam ni... apalah punya gopoh sangat.. 

petang nanti nak hantar kat workshop... kena tengok kos berapa kena atau nak angkat baru punya laptop.. Laptop ini banyak khidmat bakti dia kat aku sejak dari 2008 lagi. Nak tanya rakan-rakan blogger.. agak-agak kalau kes skrin rosak macam ni kalau baiki berapa kos yang kena bayar??..

Continue Reading...

Segmen Blogwalking Lestari



Tarikh penyertaan 16 Sept - 21 Sept 2014
jom join...
Continue Reading...

Rabu, 17 September 2014

Gambar hari rabu #15 - rasa macam nak berasap


Banyak yang nak kena ingat.. kadang-kadang diri jadi pelupa... 
hanya SPlanner di henset yang jadi pengingat setia.

Continue Reading...

Isnin, 15 September 2014

Meja Kerja #10 - Stok Kopi Jantan



Alhamdulillah stok Kopi Jantan untuk cafe kat pejabat ni dah sampai... satu papan cukup untuk 20 hari tapi hari ni sampai tiga dah habis.. dirai oleh kawan-kawan....

Kali ni kalau nak minum kopi tak payah keluar jauh merayap..... almaklumlah musim cuti sekolah ni  kantin tutup.... Jom kawan-kawan kita minum dulu..

Continue Reading...

Jumaat, 12 September 2014

Tempat yang ingin sangat dituju..


Sumber Gambar : SINI

Sabah dan Sarawak merupakan salah satu tempat yang ingin sangat aku tujui...belum pernah jejak kaki ke Borneo ni... dulu pernah rakan mengajak kesini dalam Ekspedisi TransBorneo. Berbulan-bulan merancang dan membuat kertas kerja, tapi disebabkan ada komitmen lain yang lebih penting pada tarikh yang sama program berlangsung... aku terpaksa menarik diri.

Kali kedua pula rancangan untuk  mendaki Gunung Kinabalu... tarikh pada cuti persekolahan... aku tidak dapat hadir kerana aku telah menerima tempahan bagi jurugambar perkahwinan.... tempahan yang banyak dan jadual yang padat ketika itu... dan sehingga kini aku benar-benar terasa untuk ke SINI.... Ada sesiapa nak sponsor aku tak?..





Continue Reading...

Khamis, 11 September 2014

Segmen:Saya nak keychain CH


Tuan punya blog ini nak beri cenderahati key chain 5 orang yang bertuah
Jomlah join ye...
-Segmen berlangsung dari 7/9 sehingga 14/9..
-Pemilihan pemenang berdasarkan random..

jangan lupa klik banner tu.
Continue Reading...

Rabu, 10 September 2014

Hadiah dari contest


Alhamdulillah hadiah dari Contest Missfatyn hari tu dah sampai...hadiah produk Shaklee ini ditaja oleh Nisa Zainal. Ini merupakan pertama kali aku memenangi atau mendapat hadiah dari contest yanng dianjurkan oleh rakan blogger... terimakasih buat penganjur contest dan juga penaja contest.

Satu lagi hadiah hari ini ialah dari krew THR Gegar Permata pantai timur... ceritanya petangb tadi aku keluar untuk membeli belah.. sebaik keluar dari Pantai Timur Shoping kompleks Jerteh terlihat kelibat dia orang yang baru sampai.... apa lagi lekas-lekas aku menghampiri. Soalan pertama yang ditanya aku dapat jawab.... hadiahnya taklah mahal.. hanya majalah Solusi.. tapi tak kesahkan hadiah juga tu



Continue Reading...

Selasa, 9 September 2014

Hasil dari hobi #13 - Kailan


Nama lagikan hobi berkebun.. setiap ada masa terluang aku pasti mengendap sayuran aku ni....  yang ni kailan dah boleh dipungut... dan berkebetulan tadi ada seorang jiran nyang bertandang ke rumah, bila tngok je sayur kailan ini yang segar.... terus je rasa berkenan nak makan goreng kailan ikan masin...... memang pun dah amat sesuai sangat untuk dituai....

Atas desakan jiran tadi aku terpaksa cabutlah untuk disantap oleh beliau.. katanya segar dari ladang.... memang pun... tiada racun digunakan hanya penggunaan baja organik... dapatlah RM2 tadi..... sikit-sikit pun duitkan. banyak lagi sayuran  aku yang dok keliling rumah ni.....


Continue Reading...

Bloglist Kerana Kau Ada


Rasanya masih sempat kot...
penyertaan last minit.
nak jemput rasanya pon masa sempu-semput je
kerana ianya akan berakhir hari ini juga 9 September 2014

Continue Reading...

Isnin, 8 September 2014

SEGMEN : BLOGLIST SEPTEMBER BY MOMMYLIZZ


jom join segmen ini...
Tarikh tutupnya pada 15 september 2014
Untuk join klik-klik banner

Continue Reading...

Ahad, 7 September 2014

Hasil Dari Hobi #12 - Cara paling ringkas buat sambal lada


Tak susahkan bila semuanya ada disekeliling rumah... hanya petik sahaja.. Inilah hasil dari hobi berkebun aku. Ini merupakan pungutan yang ketiga kali, walaupun tidaklah sampai tahap boleh dijual tapi bolehlah dibuat sambal untuk kegunaan sendiri.

Sambal yang paling ringkas sekali cara pembuatannya ...

lada dibasuh bersih dan dibuang tangkai selepas itu ditumbuk dengan lesung... bini aku cakap kalau guna pengisar/blend rasanya kurang sedap.  Selepas ditumbuk lada tadi dicampur dengan sedikit cuka buatan... disimpan dalam bekas.... makin lama disimpan makin sedap. lepas ni bolehlah dicampur dalam maggi ke mee sup ke atau seangkatan dengannya... simplekan caranya

Continue Reading...

SENARAI JENAMA ROKOK NAIK HARGA LAGI

Mulai 8 September 2014, beberapa rokok yang berjenama akan naik harga... maklumat ini aku terima hasil pembacaan dari beberapa blog (Betul ke... aku tak pasti tapi itu lah info yang aku dapat) ..... antaranya rokok yang berharga RM12.00 akan naik kepada harga RM13.00 bagi sebungkus.


Alhamdulillah bagi aku ianya tidak menjadi masalah kerana sehingga tarikh ini sudah lebih dari tiga tahun aku berhenti merokok.. aku sudah dapat jimatkan  RM13.00 sehari untuk sebungkus rokok.... dengan duit sebanyak itu sudah lebih dari cukup untuk membeli sekilo ikan selayang untuk dimakan bersama anak isteri..



Sebenarnya bagi akulah ... bukannya susah untuk berhenti merokok.. semuanya bergantung atas niat kita.. bulatkan tekad dan kena tahu cara-caranya bagaimana kita dapat berhenti merokok... dengan berhenti merokok pernafasan aku bertambah segar... aku nak ajak rakan-rakan JOMLAH KITA BERHENTI MEROKOK... katakan tak nak pada rokok
Continue Reading...

Sabtu, 6 September 2014

Kaki terseliuh


Kesan dari terjatuh tangga petang kelmarin... kaki isteri aku mula membengkak... 

Semalam bila dia mengadu kesakitan dan tidak dapat berjalan.. aku bawa jumpa tukang urut... katanya sendi buku lali terseliuh.. dan petang ini dia mengadu kaki semakin sakit..

Dan sekarang ini sedang menunggu keputusan xray di unit kecemasan Hospital Jerteh

Continue Reading...

Hasil dari hobi #11 - Kacang panjang


Alhamdulillah... hari ini dapat ku gagahkan diri untuk melihat sayuran di sekeliling rumah setelah dua hari tubuh rasa lesu tak bermaya... batuk dan perit tekak serta selsema yang melanda belum lagi reda...

Tengahhari nanti pula terpaksa ke kedai kami di bandar Jerteh.. menemani isteri yang tidak dapat bergerak dengan sempurna.. kaki terseliuh kerana terjatuh ditangga depan rumah petang kelmarin..

Tapi seperti biasa kalau diri terasa sihat.. kalau pagi-pagi tak melihat sayur-sayur ini membesar... tak sempurnalah hari itu rasanya..

Hasil dari pemerhatian pagi ini....kacang panjang yang disemai dalam tray semaian dua minggu lepas sudah amat sesuai untuk dipindahkan ketempat penanaman. Kacang panjang ini jenis pokok renek dan amat sesuai untuk ditanam didalam polobeg kerana ia tidak memerlukan kayu sokongan... pokok setinggi paras lutut dan buah hampir sama panjang dengan pokok kacang biasa..


Continue Reading...

Selasa, 2 September 2014

Mini MMR Giveaway


Kali ini nak ajak rakan-rakan join GA yang ni pula.... 
GA ni bermula dari 1 September hingga 25 September. Ada 5 set Mini MMR dan Tasbih Digital menanti.....bagi yang nak joinn bolehlah klik atas banner tu

Continue Reading...

Isnin, 1 September 2014

Bayangkan kalau tiada benda ni


Bayangkan hidup aku tanpa internet.. haru rasanya.... kalau dulu rasanya tidak mengapa... tapi sekarang sudah mennjadi satu keperluan... bayangkan dengan kerja-kerja aku yanng banyak berganntung dengan benda ni... nak hantar email.. terima email... e website ewebsite ni (e-goverment la tu).

2008  saat yang paling sukar bila kabel telefon ke sekolah tempat aku bertugas dicuri... segalannya menjadi sukar untuk perhubungan.. ini kali kelapan, telekom ambil keputusann tidak menyambung perhubungan kabel telefon kesini lagi... akhirnya aku memutuskan menggunakan MAXIS broaband peribadi bagi urusan-urusan rasmi. Dan sekarang aku telah berubah ke CELCOM bila aku menggunakan henset sebagai wifi hotspot... 

Bayangkanlah hidup ini kalau tiada benda ni...bukan tak boleh hidup tapi bennda nni dah jadi satu keperluan... tanyalah mana-mana blogger..apa jadi kalau tiada internet untuk satu minggu. Susahlah nnak berblogkan ?..

Continue Reading...

Bloglist September

Assalamualaikum.....salam 1September.. haa.. dah bulan September kita..cepatnya masa berlalu 

oklah kalau dah masuk bulan septemberni aku kena tukar bloglist tu dengan yang baru jadi aku telah senaraikan beberapa blog yang aku akan masukkan kedalam bloglis 1 dan bloglist Bulan September.. 

Apa Bezanya bloglist 1 dan bloglist Bulan September... Bloglist 1 ialah blogger yang telah biasa bertandang ke blog ini beberapa bulan yang lalu dengan meninggalkan jejak diruangan komen manakala bloglist bulan September pula blogger yang pertama kali bertandang diblog ini pada bulan Ogos dengan meninggalkan jejak.. Jadi saya memerlukan sedikit masa untuk meletakkan URL blog bergantung kepada kelajuan internet.... dan selepas ini bolehlah kita berblogwalking

BlogList 1



Bloglist September


Jom Berblogwalking
Continue Reading...