Jumaat, 8 Ogos 2014

Hasil dari hobi#5 - kayu pancang

salam jumaat...

Aktiviti pagi ini tak lain tak bukan dengan aktiviti berkebun sayur, memandangkan petang semalam hujan lebat dan ribut yang menumbangkan sayuran tomato.... hari ini aku kena cari kayu untuk dipancangkan dalam polibeg.... 

Sayang kalau tak dilakukan dengan kadar segera takut nanti tomato yang telah mula berbuah dan ada juga yang baru berbunga ini layu dan akhirnya mati, penat-penat saja selama ini membelainya.



Paling aku tak sabar sekali ialah melihat kacang panjang ini berbuah dan membesar..... satu pokok sudah mengeluarkan buah dan yang lain-lain tu pula sudah mula berbunga. Kacang panjang ini bukan jenis pokok yang mengeluarkan sulur yang panjang dan memerlukan kita memasang junjung/kayu pancang... 

Aku beli biji benih dia hari tu RM2 bagi dua belas biji ... cukup mahal rasanya... Awal-awal lagi aku tak benarkan isteri petik kacang tu kerana aku bercadang untuk menjadikannya benih.... aku cadang nak tanam lebih banyak lagi.... nak jadi usahawan biji benih pula... itu yang buat isteri aku ketawa... siap katanya tahun depan boleh pakai BMW


Pokok cili ni semalam tujuh yang tumbang akibat hujan.... kayu pancang pula kena cari yang besar...sebelum ini aku dah pancang tetapi bila diperiksa kayu tu telah kering dan dimakan anai-anai.... sayang pokok ni kalau mati... buahnya lebat, setakat nak makan aku tak payah beli kat kedai petik aje ... semuanya tepi rumah... 

Tak susah kan kalau berbudi pada tanah...sekurang-kurangnya aku telah jimatkan sedikit duit belanja barang dapur.. sebelum ni terung, kacang bendi dan jagung telah dapat dirasai kini aku dalam proses menanti daun ketumbar dan saderi bercambah.... aku nak tengok subur tak ketumbar dan saderi tu nanti... In Sha Allah


3 ulasan:

Etuza Ezawarna berkata...

terima kasih ya

Awana MH berkata...

rajinnya bercucuk tanam..kalau ada halaman luas kat belakang.. boleh gak tanam menanam ni. cili ni ada masa mahal harganya..

irrayyan berkata...

amannya tengok hijauan ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates