Isnin, 4 Ogos 2014

Cara Penipuan di Internet

Share it Please



Sebagai pengguna Internet aku tidak terkecuali dari terkena dengan teknik penipuan seperti ini, cuma sehingga tarikh ini aku belum lagi terpedaya dengan teknik penipuan mereka yang bijak... kerana aku biasanya akan mencari maklumat terlebih dahulu sebelum memberi sebaranng maklum balas

Dibawah ini aku kongsikan trik yang biasa digunakan oleh Scammer atau penipu di Internet,... Maklumat ini aku terima dari seorang usahawan internet terkenal di Malaysia iaitu Eruwan Gerry Norsen... dan aku akui keempat-empat teknik ini aku pernah terima tapi aku tak layan.. aku copy paste maklumat dari beliau untuk renungan bersama

1. Sila Kemaskini Maklumat Anda

Teknik penipuan pertama yang ingin saya kongsikan adalah teknik penipuan yang dipanggil sebagai phishing.

Bunyi perkataan phishing adalah seakan-akan bunyi perkataan fishing yakni memancing dalam Bahasa Inggeris. Dari segi usaha, memang boleh dikatakan kedua-duanya adalah serupa iaitu kedua-duanya ingin memancing sesuatu. Jikalau fishing untuk memancing ikan, maka phishing pula sebenarnya untuk memancing maklumat peribadi anda!

Selalunya penipuan ini akan bermula dengan anda menerima email seolah-olah ia telah datang daripada sesuatu syarikat kewangan seperti CIMB, Maybank, Bank Negara atau Paypal.

Di dalam email tersebut, si penghantar akan menulis arahan untuk anda klik pada satu pautan yang telah diberikan di dalam email tersebut untuk login ke akaun kewangan anda.

Jika anda termakan umpan ini dan lantas memasuki laman web yang diberikan dan memasukkan maklumat peribadi anda seperti username danpassword, maka mereka boleh menggunakan maklumat tersebut untuk mengakses akaun sebenar anda dan terus menyapu bersih duit di dalam akaun anda itu!

Laman web yang diberikan mereka akan menyerupai laman web sebenar untuk syarikat kewangan tersebut. Jika anda tidak berhati-hati, sudah pasti anda tidak akan menyedarinya.

Cara untuk menghindari penipuan ini adalah dengan tidak klik atau memasuki sebarang laman web melalui pautan yang telah anda perolehi melalui email.

Syarikat-syarikat kewangan tidak akan menghantar sebarang email kepada anda dan menyuruh anda untuk mengakses akaun.

Oleh itu, abaikan saja sebarang arahan mengakses akaun yang anda terima melalui email. Hanya lakukan urusniaga kewangan anda melalui laman web utama syarikat kewangan anda dan bukan melalui pautan di dalam email.

 2. Tahniah Anda Menang!

Satu lagi bentuk penipuan yang sering digunakan penipu adalah penghantaran email yang mengatakan anda telah memenangi sesuatu. Boleh jadi jalan cerita yang digunakan adalah mengenai anda telah memenangi sesuatu cabutan bertuah, memenangi sesuatu pertandingan atau apa-apa peraduan yang lain.

Selalunya di dalam email tersebut, si penghantar akan menyuruh anda untuk menghubungi sesuatu nombor telefon untuk mendapatkan hadiah kemenangan anda itu. Jika anda menelefon, individu tersebut akan menyatakan bahawa anda telah memenangi sesuatu hadiah yang hebat dan berharga. Namun demikian, untuk membolehkan mereka memproses kemenangan itu, anda perlu memberikan wang deposit kepada mereka untuk menunjukkan komitmen anda untuk mendapatkan hadiah tersebut.

Setelah anda membuat deposit tersebut, anda tidak akan dapat berhubung dengan mereka lagi. Sekiranya dapat berhubung pun, mereka akan memberikan pelbagai alasan lain yang akan memerlukan anda memberikan sejumlah wang lain kepada mereka.

Dalam erti kata lain, sekiranya anda termakan umpan ini, duit anda akan habis diberikan kepada penipu tersebut.

Cara untuk menghindari penipuan seperti ini adalah dengan memeriksa maklumat kemenangan anda itu menerusi laman web utama untuk syarikat tersebut. Jika perlu, hubungi nombor telefon yang terdapat pada laman web utama syarikat tersebut dan bercakaplah dengan individu lain daripada syarikat tersebut untuk mengesahkan kemenangan anda. Jika benar anda telah memenangi sesuatu, sudah pasti maklumat kemenangan anda itu boleh diperolehi oleh pembantu pelanggan syarikat tersebut.

Saya belum pernah lagi terdengar mana-mana peraduan yang memerlukan si pemenang memberikan sebarang deposit untuk mendapatkan hadiahnya. Oleh itu, jangan sampai anda terperangkap!

3. Saya Memerlukan Rakan Kongsi
Ini merupakan satu lagi bentuk penipuan yang tidak masuk akal tetapi masih berjaya mengelirukan ramai orang sehingga terjebak dengan teknik penipuan ini.

Ianya bermula dengan anda menerima satu email daripada seseorang individu yang kononnya merupakan seorang usahawan, pekerja kerajaan atau peguam yang berada di luar negara. Individu tersebut akan menyatakan di dalam email tersebut yang dia sedang mencari seseorang rakan kongsi untuk membantunya mengeluarkan sejumlah wang yang besar daripada negaranya ke negara lain.

Konon anda akan dilantik sebagai orang tengah untuk membantu memindahkan wang tersebut dan setelah selesai pemindahan tersebut anda akan mendapat sejumlah wang komisen yang banyak.

Selalunya wang yang ingin dipindahkan adalah dalam nilai ratus ribuan atau jutaan dollar atau pound. Komisen anda adalah sebahagian daripada wang tersebut. Sudah pasti anda akan merasakan bahawa ini merupakan satu peluang yang mudah untuk membuat duit!

Tetapi malangnya setelah anda bersetuju, individu tersebut akan memberikan pelbagai alasan agar anda memindahkan sejumlah wang kepada mereka untuk tujuan melancarkan pemindahan wang tersebut. Jika anda terus terpedaya, maka individu tersebut akan terus memeras duit anda sehingga habis!

Langkap pencegahan untuk penipuan ini adalah jangan mempercayai mana-mana individu atau pihak yang menghubungi anda untuk mendapatkan bantuan seperti apa yang telah saya nyatakan tadi. Mustahil ada pihak yang sanggup mempercayai anda untuk menguruskan pemindahan sejumlah wang yang besar untuknya. Pastikan anda tidak terjebak.

 4. Saya Cintakan Awak

Penipuan ini semakin menjadi-jadi pada masa kini. Selalunya ianya akan berlaku di portal Facebook.

Ianya bermula dengan anda menerima mesej peribadi melalui Facebook daripada seseorang individu. Jika anda seorang lelaki, mesej tersebut akan datang dari seorang wanita. Jika anda seorang wanita, mesej tersebut akan datang dari seorang lelaki. Lelaki atau wanita tersebut akan bermula dengan ingin berkenalan dengan anda. Sekiranya anda melayan mesej individu tersebut, mereka akan mengoda anda sehingga anda jatuh cinta dengan individu tersebut.

Setelah anda telah jatuh cinta, maka mereka tahu bahawa anda sudah termasuk di dalam perangkap mereka. Individu tersebut akan mula meminta wang daripada anda dengan memberikan pelbagai alasan. Mungkin alasan mengenai keluarga yang sakit, individu tersebut yang sakit, handphone rosak atau sebarang alasan lain yang memerlukan wang. Jika anda tidak berhati-hati dan lantas memberikan wang, proses meminta wang daripada anda ini akan berlarutan sehingga wang anda habis atau sehingga anda sedar yang anda sebenarnya telah ditipu!

Hakikatnya adalah si penipu tadi telah menghasilkan akaun Facebook tipu dan telah menggunakan gambar yang telah diambil dari ahli yang lain. Dengan berbuat sedemikian, seolah-olah mereka merupakan individu yang asli.

Mereka akan cuba mengumpan individu yang terlalu asyik ingin berkawan dengan semua orang melalui portal Facebook. Akhirnya duit kita akan habis dikikis!

Apa yang mennyebabkan aku ingin kongsikan perkara seperti ini ialah beberapa hari lepas aku menerima sapaan melalui mesengger facebook. Aku bukannnya nak layan sangat tapi ntah kenapa yang ni aku sengaja nak test layan walaupun aku tahu disebalik gambar perempuan yang cantik tu adalah jantan yang tunggu masa nak ngap duit aku... sorry ye aku ni bukannya kaya... lagi kayap aku kalu kena....  macam-macam helah yang dia orang guna... kat bawah ni mesej yang dia hantar kat aku.

I am sorry for invading your privacy,i browsed through Ur profile and i think i like u for a new friend/relationship. I am presently in the UK but will be coming to Malaysia for my holiday.Thank you for accepting me as your friend. I never knew that it wouldn't take such a long time for you to get back to me, My name is Fatimah Noor Abdul Razak, I am mixed Malaysian ,my father is Malaysia and my mother is from England...I can't speak Malay...lol because i was born here in London and have never been to Malaysia. You just have to understand that communication is an integral aspect of life. Well you have got a good smile lol,i am an IT guru presently working with Hewlett-Packard here in London, i enjoy what i do but because of the way Muslims are being treated over here that is why i want to come down to Malaysia, my dad is late and it has been his dream to have 1 of his siblings come and live in Malaysia and i want to take up the challenge, well i only have a younger sister who is currently studying in the united states,i don't mean to cause any problem in your family but i think i will like to be with you so you can help me settle in when i come over also you have to help me cos i want to make some investments when i arrive too. i hope to hear from you soon,

awaiting your email... salam... Bye Fatimah.

Haaa.. pandai dia orang...

1 ulasan:

Karya Mahirah berkata...

sy banyak gilez dpt scam tp semua tu terus sy delete...