Khamis, 31 Julai 2014

Hasil dari hobi #4

Inilah dia hasil dari hobi dan berbudi pada tanah.... rezeki pada raya tahun ini bila jagung sudah boleh dipetik. ...walaupun tidaklah sebanyak mana ditanam. 

Anak-anak buah yang datang bertandang pada awal pagi raya kedua tu dapatlah merasa jagung rebus sikit sorang.




Sementara kacang bendi tu pula ... pertengahan Ramadhan lagi sudah boleh dipungut.. Hasil pertama kali dipetik aku bagi-bagilah kat emak dan  jiran tetangga... pungutan hari hari seterusnya aku jual.... nak makan memang dah tak habis kalau setiap kali sebanyak tiga kilo sekali kutip... aku jual kat kedai sayur seorang sahabat.. harga pasaran RM3.00.. 



Alhamdulillah .... rezeki dari hobi.. selepas ini dapat tapak pertanian bila bapa saudara tawarkan satu kawasan pertanian untuk diusahakan.... Walaupun aku ni dah ada kerja tetap tapi aku terima tawaran bapa saudara tu kerana aku rasa aku mampu usahakan.


Continue Reading…

Saki baki malam raya


Inilah tinggalan atau saki baki malam raya yang ditinggalkan oleh anak buah dilaman rumah..... Sana sini, keliling kampung penuh dengan dentuman mercun..... dalam keghairahan kita disini bermain mercun bagaimana dengan nasib saudara kita dibumi Palestin

Ya Allah ya tuhan ku selamatkan Gaza, selamatkan anak-anak Gaza dari letupan yang mengorbankan nyawa
Continue Reading…

Ahad, 27 Julai 2014

Selamat menyambut hari raya aidil fitri

Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri buat rakan rakan blogger serta follower blog ini.. kemaafan jua ku pinta dari rakan rakan sekalian andainya selama aku berada di alam maya ini ada antara tulisan atau entri entri yang dihasilkan menguriskan hati kalian...

Tiada kad yang dapat dipamerkan biarlah tulisan yang menjadi luahan hati

SALAM SAYANG BUAT RAKAN BLOGG

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FIYRI
Continue Reading…

Selasa, 22 Julai 2014

Kad Raya dari segmen


Banyak hari aku tidak ke mari mengunjungi blog aku ni.. jauh sekali untuk menaip entri terbaru.... tergerak hati untuk melihat blog.. bila saja lihat di shout box tu ada ucapan tahniah dari Ika... fikir juga ucapan tahniah untuk apa... 

rupanya hari tu ada join segmen yang dianjurkannya... hee.. dapatlah kad raya yang kedua rasanya untuk tahun ni.. yang pertama dari Kementerian Belia dan Sukan dengan bertandatngan KJ

Continue Reading…

Rabu, 16 Julai 2014

Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah



Pada zaman era moden ini, amalan kirim-mengirim kad raya tidak dilupakan. Walaupun zaman sekarang orang ramai lebih gemar mengirim balas ucapan Hari Raya menggunaan pesanan ringkas SMS, WhatsApp dan sebagainya, kad raya masih antara yang the best. Hehe

Oleh itu, satu Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah diadakan. Bermula hari ini 13hb July dan berakhir pada 20hb July jam 12 tengah hari. Sesiapa yang nak kad raya, dijemput untuk sertai.

Syarat-syarat:
1. Follow blog Bila Jari Mula Menaip, add to circle G+ EkaTikah.
2. KLIK .
3. Buat entri bertajuk Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah.
4. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Credit to MiaLiana.Com

5. Tinggalkan URL entri di ruangan komen entri ini.

Pilihan Pemenang:
1. 20 orang pemenang akan dipilih menggunakan Ramdom.org.
2. Pemenang akan diumumkan sama tarikh tamat penyertaan.

Selamat menjoinkan diri

Continue Reading…

Jumaat, 11 Julai 2014

Segment : Sally nak bagi kad raya!

Walaupun dah masuk era komunikasi pantas, tapi Sally tetap rasa yang kad raya tu sangat la best! Hahahaha...so, sempena Hari Lebaran yang akan tiba ni...Sally nak bagi kad raya kepada 20 orang yang bertuah! Kalau rasa nak kad raya, jangan lupa join ye!

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/07/segment-sally-nak-bagi-kad-raya.html

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follw Instagram Sally (Kalau ada) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Segment : Sally nak bagi kad raya!
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...
    Credit to : Mialiana.com

    Segmen ini akan berlangsung dari 11/7/2014 sehingga 16/7/2014 (10pm)

Continue Reading…

Khamis, 10 Julai 2014

Meja Kerja #10 : Semangat yang hilang



Salam Ramadhan...

Sejak seminggu dua ini semangat aku untuk berblog jatuh merudum..... tak dinafikan bukan sahaja semangat dan motivasi untuk berblog tiada.... kesibukan kerja dengan waktu untuk pengauditan kewangan yang semakin hampir serta line internet yang terlalu perlahan menyebabkan perasaan menjadi semakin malas...

Kalau ada entri sebaris dua tu pun dah dikira rajin... Nasib blogger separuh masa seperti aku ni kejap pasang kejap surut... Apa-apa pun kerja diutamakan dulu.... atau apa-apa yang lebih penting.
Continue Reading…

Jumaat, 4 Julai 2014

Soya untuk berbuka


Petang tadi aku ke bazar ramadhan di Jerteh..... niat dihati satu saja, ingin mencari air kacang soya pelengkap juadah berbuka pada hari ini. Pusing-pusing bazar tadi dapatah beli air tu... satu soya jagung satu soya biasa dan satu lagi pati kacanng soya.. dapatlah merasa untuk berbuka.... anak-anak pula berbuka dengan air bandung.
Continue Reading…

Khamis, 3 Julai 2014

Reda ketegangan otot dengan minyak mestika


Sehari dua ni entah kenapa otot-otot  betis terasa lenguh dan kejang nak dikatakan bersukan atau melakukan kerja-kerja yang berat tu tiadalah sangat tapi sengalnya sampai  ke pinggang... nak pergi cari tukang urut terasa malas... mungkin aku ni dah tua barangkali, segala urat saraf pun mudah sakit. 

Untuk melegakan ketegangan otot buat sementara ni aku sapu minyak mestika .... Alhamdulillah berkesan... minyak sapu yang sentiasa ada dalam. simpanan. Aku bukan nak promosi minyak ni tapi dari dulu lagi minyak ni cukup berkesan bila anak aku kembung perut.
Continue Reading…

Rabu, 2 Julai 2014

Selasa, 1 Julai 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates