Rabu, 18 Jun 2014

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan.

Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.




 Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata


Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi makan ikan dan melihat ikan ikan ini berebut makanan. RM1.00 untuk satu plastik kecil makanan ikan disediakan


Bagi yang ingin melihat pemandangan dari dalam tasik perkhidmatan bot disediakan... bayarannya, Kanak-kanak (3 -12 Tahun) RM1.50, Dewasa RM3.00 dan Warga Emas (55 Tahun keatas) RM1.50.. Hari tu aku tak nak naik bot tu... anak angkat aku ada tanya sama ada berminat atau tidak... sememangnya aku tidak berminat kerana selepas ini aku akan memandu jauh


Yang hujung tu lah anak angkat aku... berbaju hitam tu... dah kahwin tapi suami dia sekarang ni berada di KL ada exam katanya... Masa perkahwinan dia dulu aku datang meraikannya.



Yang nilah anak sulong aku... dah belajar kat PUO dia dalam jurusan Kejuruteraan Awam



Yang ni anak kedua aku... baru tingkatan empat


Yang ni pula bapa mertua aku... aku ajak dia datang sama... ambil baik-baik gambar ni biar cantik nanti nak framekan katanya.. Masa nilah aku pusing-pusing cari bini aku dan mak mertua aku untuk bergambar... rupa-rupanya dia orang ke sebelah lain.

Sejam setengah disini berehat sebelum bertolak balik ke Jerteh, Terengganu

2 ulasan:

mama amir berkata...

tak pernah sampai lagi tapi nampak cantik la tempatnya...

zamizi jusoh berkata...

Memang cantik tempat ni.... sekadar berehat banyak tempat sekitar sini yg saya tak sempat pusing dan rakam pemandangannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates