Selasa, 24 Jun 2014

Bila kawasan rumah dilanda ribut

Petang Ahad yang lepas (22 Jun 2014) sebahagian kampung di daerah Besut telah dilanda ribut... Termasuklah juga area rumah aku.... bayangkan betapa kecut perutnya bila mendengar guruh dan petir serta bunyi dahan-dahan pokok dihempas dan pulas oleh  ribut yang melanda..


Gambar atas tu .... dapat dilihat awan membentuk diarak oleh angin... kata orang kepala ribut. kalau dilihat memang terasa gerun,.. terasa betapa kerdilnya diri ini berhadapan dengan kuasa alam.


Pokok yang tumbang dibelakang rumah emak sedara dan bawah tu pula sebatang dahan durian yang menghempas bumbung rumah emak.. nasib baiklah hanya hanya sebahagian kecil yang menghempap... kalaulah sebatang... tak dapatlah nak dibayangkan bagaimana keadaan rumah emak.


Gambar bawah ialah jalan menuju ke madrasah dan beberapa buah rumah penduduk kampung... lihat keadaan buah durian yang masih belum lagi masak..yang berguguran.




Biasalah kalau pokok tumbang dan menutup jalan.. operasi membersihkan jalan terpaksa dilakukan dengan kadar segera.. sebaik hujan dan petir berhenti aku segera membersihkan jalan... dibantu oleh anak-anak.... dan bawah tu pula tanaman aku (kacang bendi) yang tumbang..... keesokkannya aku terpaksa bangunkan balik menggunakan kayu pancang... Syukurlah segala-segalanya selamat dan tiada kecederaan yang berlaku... 


2 ulasan:

ikhwan yusuff berkata...

Wah ribut..skrg cuaca panas kan...

zamizi jusoh berkata...

Ikhwan.... disini dah dua tiga petang hujan dan ribut melanda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates