Rabu, 25 Jun 2014

Bloglist bulan Julai



Untuk bloglist bulan julai ini... tiada segmen yang dianjurkan... pengomen-pengomen blog ini pada bulan jun insyaAllah berpeluang menjadi bloglist bagi bulan julai

Continue Reading...

Dicalon dan menang

Ahad 22 Jun 2014, berlangsungnya meyuarat Agong KEPTAN Cawangan Besut... mesyuarat diadakan di SMK Tengku Mahmud di hadiri oleh Pembantu Tadbir dan Ketua Pembantu Tadbir daerah Besut.... Yang Dipertua KEPTAN Semenanjung En. Aminuddin bin Hj.Chik hadir sama

Kali ini pemilihan Jawatankuasa bagi sesi 2014/2014. Nama aku dicalonkan sebagai AJK dan alhamdulillah menang dengan undian tinggi




Rakan-rakan sejawatan dari dari  seluruh daerah Besut
Continue Reading...

Selasa, 24 Jun 2014

Bila kawasan rumah dilanda ribut

Petang Ahad yang lepas (22 Jun 2014) sebahagian kampung di daerah Besut telah dilanda ribut... Termasuklah juga area rumah aku.... bayangkan betapa kecut perutnya bila mendengar guruh dan petir serta bunyi dahan-dahan pokok dihempas dan pulas oleh  ribut yang melanda..


Gambar atas tu .... dapat dilihat awan membentuk diarak oleh angin... kata orang kepala ribut. kalau dilihat memang terasa gerun,.. terasa betapa kerdilnya diri ini berhadapan dengan kuasa alam.


Pokok yang tumbang dibelakang rumah emak sedara dan bawah tu pula sebatang dahan durian yang menghempas bumbung rumah emak.. nasib baiklah hanya hanya sebahagian kecil yang menghempap... kalaulah sebatang... tak dapatlah nak dibayangkan bagaimana keadaan rumah emak.


Gambar bawah ialah jalan menuju ke madrasah dan beberapa buah rumah penduduk kampung... lihat keadaan buah durian yang masih belum lagi masak..yang berguguran.




Biasalah kalau pokok tumbang dan menutup jalan.. operasi membersihkan jalan terpaksa dilakukan dengan kadar segera.. sebaik hujan dan petir berhenti aku segera membersihkan jalan... dibantu oleh anak-anak.... dan bawah tu pula tanaman aku (kacang bendi) yang tumbang..... keesokkannya aku terpaksa bangunkan balik menggunakan kayu pancang... Syukurlah segala-segalanya selamat dan tiada kecederaan yang berlaku... 


Continue Reading...

Rabu, 18 Jun 2014

Giveaway Cash RM150 MrJocko

KLIK BANNER

Hadiah : Wang Tunai RM50 x 3 Pemenang
Pemenang akan di pilih oleh Team Blooggers dan akan diumumkan di Blog MrJocko.com dan Booggers.com pada 23 Jun 2014 jam 12.00 pm
Hadiah akan di masukkan ke dalam akaun Bank pemenang.

Kalau dapat RM50 ni dah dapat top up 5GB internet untuk bulan ni bagi pengguna celcom..
Continue Reading...

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan.

Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.




 Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata


Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi makan ikan dan melihat ikan ikan ini berebut makanan. RM1.00 untuk satu plastik kecil makanan ikan disediakan


Bagi yang ingin melihat pemandangan dari dalam tasik perkhidmatan bot disediakan... bayarannya, Kanak-kanak (3 -12 Tahun) RM1.50, Dewasa RM3.00 dan Warga Emas (55 Tahun keatas) RM1.50.. Hari tu aku tak nak naik bot tu... anak angkat aku ada tanya sama ada berminat atau tidak... sememangnya aku tidak berminat kerana selepas ini aku akan memandu jauh


Yang hujung tu lah anak angkat aku... berbaju hitam tu... dah kahwin tapi suami dia sekarang ni berada di KL ada exam katanya... Masa perkahwinan dia dulu aku datang meraikannya.



Yang nilah anak sulong aku... dah belajar kat PUO dia dalam jurusan Kejuruteraan Awam



Yang ni anak kedua aku... baru tingkatan empat


Yang ni pula bapa mertua aku... aku ajak dia datang sama... ambil baik-baik gambar ni biar cantik nanti nak framekan katanya.. Masa nilah aku pusing-pusing cari bini aku dan mak mertua aku untuk bergambar... rupa-rupanya dia orang ke sebelah lain.

Sejam setengah disini berehat sebelum bertolak balik ke Jerteh, Terengganu

Continue Reading...

Khamis, 12 Jun 2014

Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu



Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Segmen, so harap korang semua sudi join segmen simple ni hehehe.

Syarat2
1) Harap Korang boleh Follow Blog ini ..
2) Buat entry dan letakkan tajuk Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu.
3) Like My Fanpage Facebook Jika Sudi..

4) Tinggalkan link entry korang di ruangan komen di bawah ini.
5) Segmen ini bermula pada 4 Jun dan berakhir pada 15 Jun 2014.

Continue Reading...

PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER


Jom sertai pencarian 50 bloglist... klik banner
Continue Reading...

Segmen Saya Mahu Doodle Dayang Deno

klik banner untuk penyertaan

**Perhatian
  • 30 Pemenang dicari
  • Setiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambar
  • Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 


Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014

Continue Reading...

Selasa, 10 Jun 2014

Susahnya nak parking


Di HUSM Kubang kerian semalam, akibat lewat sampai... waktu tu dah pukul sembilan pagi.... selepas beberapa kali keliling dan tidak menjumpai ruang kosong untuk parking aku ambil keputusan untuk keluar dan menggunakan khidmat joki...

Sebaik tiba dikaunter bayaran dan menghulur kad parking pada operator bertugas.

"Enam puluh sen encik" seorang lelaki bertugas memberitahu.
"Parking pun belum dah kena bayar" aku agak terkejut
"Masuk je dah kena bayar encik" Seingat aku kali terakhir aku kesini kalau belum parking iaitu dalam jarak berselang beberapa minit masih belum dikenakan bayaran. Takpe lah aku bayar saja.

Aku terus memandu ke tempat joki dan selepas menyerahkan kunci dan mengambil resit aku terus ke Klinik KPP untuk sesi temujanji seterusnya dengan doktor.
Continue Reading...

Isnin, 9 Jun 2014

Keputusan pemeriksaan kesihatan hari ini

Hari ini aku ke HUSM Kubang Kerian Kelantan, temujanji dengan doktor..... apa yang penting hari ini aku nak tengok result darah yang diambil pada minggu lepas sama ada menurun atau makin meningkat.

Alhamdulillah keputusan kali ini mengembirakan aku kerana boleh dikatakan semuanya normal, hanya kolesterol masih lagi diparas tinggi walaupun sedikit menurun. Keputusan kolesterol kali ini..

HDL-Chol                         1.01                     mmol/L
LDL-Chol                          2.15                     mmol/L
TG                                   2.35                     mmol/L
Chol                                 4.23                     mmol/L

TG tu merupakan kolesterol jahat (istilah popular) masih lagi tinggi berbanding dengan keputusan lalu 2.36 (normal 2.20)... sementara jumlah keseluruhan kolesterol (Chol) menurun dari 5.00 pada pemeriksaan lalu kepada 4.23.... manakala hasil dari pemeriksaan tekanan darah pada hari ini 127/76. Hasil kali ini doktor bagi isyarat bagus kat aku... Dibawah ni adalah result untuk kali ini.

Rutin

Na                   139          mmol/L
K                     4.6          mmol/L
Urea                4.0          mmol/L
Calcium           2.41        mmol/L
Creat               112         mmol/L
TB                   12           mmol/L
Cl                    106         mmol/L
Continue Reading...

Khamis, 5 Jun 2014

Rabu, 4 Jun 2014

Selasa, 3 Jun 2014

GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com

http://syuhadabaharudin.com/2014/06/03/giveaway-tunai-rm500-syuhadabaharudin-com-2/

Yang ni boleh join ni... Jom pakat join ramai-ramai..klik banner tu

Continue Reading...

Keputusan Cabutan Sijil Simpanan Premium bulan Mei 2014


Pagi-pagi lagi aku Web BSN... nak tengok sama ada SSP aku bertuah ke tidak pada bulan ini... Alahai nasib badan tidak bertuah lagi aku bulan ni... 

Tahniah kepada pemenang-pemenang cabutan SSP bagi bulan Mei 2014. bagi anda yang ingin mnyemak bolehlah  ke laman web BSN di SINI.
Continue Reading...

Ahad, 1 Jun 2014

Ziarah kakak di hospital

Tengahhari tadi aku ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan kerana menziarahi kakak. Semalam lagi aku terima berita kakak aku dimasukkan ke wad kerana asma tetapi waktu itu sudah lewat benar dan waktu melawat sudah habis.... kalau pergi pun sudah tentu tidak dibenarkan masuk.

Alhamdulillah kami sampai sana tadi kakak pun dah nampak sihat... dah boleh bersembang dengan kami semua... kami doakan semoga kakak cepat sembuh dah kembali seperti sediakala...
Continue Reading...

GIVEAWAY :Seronoknya Raya bersama Sotong


Nak Join Tekan banner

Iklan 1

Iklan 2

Iklan 3

HADIAH-HADIAHNYA IALAH
TABUNG SOTONG (3 PEMENANG)
SOTONG PLUSHIES (4 PEMENANG)
SAMPUL DUIT RAYA (20 PEMENANG - SETIAP PEMENANG AKAN DAPAT 2 PEK SAMPUL RAYA YANG MENGANDUNGI 10 KEPING SAMPUL RAYA)

GIVEAWAY BERMULA DARI 25/5/2014 HINGGA 25/6/2014
Semak penyertaan sehingga 30/6/2014
Umum Pemenang 1/7/2014
Continue Reading...