Ahad, 4 Mei 2014

Undangan Perkahwinan - keadaan yang tidak dapat dielakkan

Share it Please
Sehari dua dan tiga empat hari ini aku mengalami kesukaran line tenet.... entah apa puncanya yang aku ketahui dan tidak ketahui... yang kadang-kadang sukar untuk aku jelaskan....

Ikuti perbualan aku dengan bini aku yang kadang-kadang membahagiakan dan kadang-kadang membuat aku naik darah sekali sekala... adakalanya membahagiakan... itulah rempah ratus dalam alam rumahtangga yang sehingga kini sudah hampir dua puluh tahun..... terkadang tergigit dan terkadang terlebih mesra..

Malam sabtu lepas...

"Kenapa abah termenung ni... tengok lappy tu macam nak telan" tanya bini aku
"Ni, line ni slow sangat.. dari tadi merayap" jari jemari masih berada diatas keyboard
"Abah nak laju. Nak tau caranya" Aku dongak tengok muka bini aku.. dalam hati sejak bila pulak dia pandai-pandai dalam hal ni..heran.
"Nak jugak" kata aku dengan muka penuh serius.
"Gini,... abah pergi tengah jalan duduk tengah-tengah line jalan tu gerentilah laju" dengan muka senyum.
"ahaa.. awak ni. Bergurau biarlah bertempat, kat situ memanglah laju, laju ke lain tu.

Sebenarnya aku nak cerita pasal lain tapi melalut ke lain...


Hari sabtu lepas memenuhi undangan sepupu (sebelah emak) yang bertugas di Ampangan Hidro elektrik di Jenagor. Beliau mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan keduanya di Taman Perumahan TNB di Kuala Berang. Pada majlis perkahwinan anak dia yang pertama dahulu aku tidak datang kerana terlupa tarikh.... Bayangkan dalam kesibukan yang tak seberapa kita boleh terlupa suatu tarikh yang amat penting.

Sekali lagi tak dapat aku penuhi undangan beliau ialah bila ia menjemput untuk datang sehari sebelum majlis persandingan berlangsung. Katanya untuk menghimpunkan sepupu sepapat dan saudara mara terdekat. Undangannya terpaksa aku tolak kerana sepupu sebelah arwah ayah pula mengadakan perkahwinan adik bongsunya yang jarak rumah hanyalah tiga kilometer berbanding dengan sepupu di Kuala Berang yang jaraknya 135 kilometer.


Bila sampai ke majlis ini pada pagi sabtu lalu .. terkedu aku bila sepupu sepapat yang lain siap berkhemah didepan rumah bila keluasan rumah tidak lagi mampu menampung anak beranak yang datang bertamu.... mentang-mentanglah dia orang ni semua askar pencen... Walauapapun mereka semua memahami  masalah aku. 

Hari sabtu tu kedai aku di bandar Jerteh diuruskan oleh dua orang anak lelaki aku.

 
Sekalung tahniah untuk anak sepupu aku yang aku tak ingat namanya (bertuah punya bapak sepupu). Maklumlah bila diusia aku ni anak sepupu dah lebih dari 30 orang sebelah menyebelah.... manalah mampu nak ingat semuanya. Lainlah kalau yang tinggal berdekatan dan berjiran. Kalau dikampung ni jiran keliling rumah tak mlain dan tak bukan kesemunya yang ada pertalian persaudaraan paling-paling jauh pun tiga pupu.

6 ulasan:

Wafa Cw berkata...

Hahahahaha...boleh tahan oghe tino demo bgurau hahahahaha... dah lah buoh kutir pon pandai hahahaahha.... bokali kalu gi dok tengah highway...lagi laju tenet tuh hahahahahaahhaha... adui... doh lah penin... koho penin ngan buah dio tuu.... :D

Wafa Cw berkata...

Di Kuala Berang, bekwah buat pakatan lagi? seronok kalu boleh jumpa kaum keluarga lagu tu... siap pasang khemah, kira ganah betul set tu hahahahahahaha....
Adik kawe cikgu kat Bukit Besi... :) Adik Ipar asal Kuala Berang jugak..rumah mak dia dalam sekilo atas sikit simpang ko Tasik .. tasik gapo doh situ..tak ingat... hahahaahaha adui..malas nak google... :D

Mama Safiy Arfan berkata...

hehe...pndi isteri bro buat lawak..kalo tgh hot mmg hangin je haha

zamizi jusoh berkata...

haaa... ore puan kawe kalu bab gurau gak...buleh ke dia lah..

zamizi jusoh berkata...

Tasik Kenyir tu... sekarang ni tengah adakan festival dan.berakhir pada 29 Mei nanti.. Simpang Ke tasik kenyir tu di kg. Kuala Jeneris.. kalau sekm dari Sungai Tong kg. Teris dan dari Kuala berang tu saya dah lupa

zamizi jusoh berkata...

Mama Safiy.. itulah gurauan kami dari dulu yang kalau orang lain dengar mungkin kadang-kadang tu aga janggal