Rabu, 14 Mei 2014

Tanam sayur dalam pollybag

Share it Please
Kali ini aku kembali dengan aktiviti menanam sayuran.... bila cuti menjelang sahaja..cuti khas, cuti umum, cuti rehat... tolak cuti sakit...

Kebetulan kelmarin merupakan cuti Wesak.. pagi-pagi aku menyiram kangkung.. kangkung ni bukanlah banyak sangat hanya beberapa batas yang pendek sahaja. Kalau perhatikan  gambar kangkung dibawah tu.. kangkung ni kurang subur disebabkan tanah bukit yang digunakan tu tidak mengandungi baja dan jalan penyelesaiannya aku mengunakan baja organik berserta dengan baja NPK (15/15)
 


Memandangkan ruang yang terhad kali ini aku menggunakan pollybag untuk menanam lada dan terung.. Terung sebanyak 30 pokok dan lada adalah dalam 65 pokok, diatur disekeliling rumah.






















Kerana ruang yang terhad juga aku tanam betik dalam pollybag. tray semaian tu aku semai biji betik, bukan sebarangan betik... betik madu tu. Buah betik tu asalnya isteri aku bawa balik dari rumah kawannya... tertarik dengan buah yang manis dan besar katanya... Aku kata kat dia kenapa tak bawak balik madu sekali, lagi manis... dia jeling manja memanjang kat aku.

Lada dan terung sesuai untuk ditanam di dalam pollybag dan pasu... tetapi tidak bagi betik kerana pokok betik ini akan membesar serta memerlukan ruang yang luas... jadi aku dah bercadang untuk pindahkan ke suatu ruang yang sesuai... In Sha Allah aku updatekan cerita tentang betik ini suatu hari nanti sekiranya betik ini tidak mati.

Tanam jagung dalam pollybag, sesuai ker?.... yang ni aku tengah mencuba, aku baru tanam benih jagung ni dalam 70 pollybag....nanti aku post gambar dia. Kita kongsi sama-sama.

2 ulasan:

Ismail N berkata...

Subhanallah.... semoga semua tanaman hidup segar & membesar bagai johan! Insyallah...:D

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata...

Banyak yer bercucuk tanam... Memang bagus berbudi pada tanah nie :)