Khamis, 15 Mei 2014

Kisah abang penjual sate ikan

Share it Please

Sate ikan ni kegemaran aku dulu.... masa usia belasan tahun dan sehingga kini pun... Kini bila abang-abang sate bermotor ni masuk ke kampung, anak-anak aku dan anak sedara mara berjiran berebut menyakat menunggu giliran untuk membeli....

Enam cucuk sate satu ringgit..... satu cucuk ada empat bebola ikan, dua sos pilihan sama ada yang manis atau pedas... bagi anak-anak kecil akan memilih sos yang manis...Satu cucuk belum tentu memuaskan hati sikecil... nak tak nak kena puaskan hati sikecil. empat lima ringgit habis macam tu je...Kalau tiap-tiap hari macam ni, sedih mak bapak.. mana nak cekau duit, mereka ni orang kampung.

Ada satu kisah yang mak bapak bagi warning pada abang-abang penjual sate.... tidak membenarkan abang penjual sate ni masuk ke kawasan perumahan kerana tidak tahan berabis duit empat lima ringgit setiap petang melayan kerenah anak-anak. Tak dibeli sianak mengamuk sakan.  Kesian si abang penjual sate ni, niat dia nak cari makan. Semenjak hari tu dia dah tak masuk lagi area tu. 

Engkau orang ada tak kenangan tentang sate ikan atau pun si abang penjual sate ikan tu...


7 ulasan:

Marou Apple Hijau berkata...

Dah lama tak makan sate ikan. Suka kuah manis sate ikan

Apabila Hati Terbuka berkata...

Best tau sate ikan nie . Dah lama tak makan ..
Kalau berminat nak join giveaway , boleh singgah sini
http://milikallahsepenuhnya.blogspot.com/2014/05/infinite-last-romeo-giveaway-by-fiqa-nsz.html

Nadzirah Salahuddin berkata...

lokcing? hehe.. singgah follow dari segmen kak mialiana. jenguk la saya di http://nad2nadzirah.blogspot.com/ juga. :)

husna zahidi berkata...

serius sedap sate ikan nih.. dulu masa sek rendah, balik sekolah je abg pnjual sate ikan dah siap tggu depan pintu pagar skolah.. kami pon apa lg..:p
husna singgah dari segmen kak mia..

Izzati Amira berkata...

laaa.. rindunya sate ikan ni.. skang ni susah la nak jumpa.. macam dah takde je.. hmmm.. sedapnya lahai. murah lak tu tyme dulu-dulu... hehee

Sukma Haron berkata...

Kat sini takde org jual sate ikan ..mesti sedap ek

Wak Gelas berkata...

sedappnyerr