Rabu, 7 Mei 2014

Cerita disebalik jabil rok rak


Dua tiga hari lepas aku ke rumah emak sedara... Jarak rumah mak sedara dengan rumah aku lebih kurang 6 kilometer. Disebabkan desakan isteri yang ingin mencari buah pauh ringan untuk dijeruk.... Kalau tak silap aku orang utara panggil mangga teloq.. betul ke tidak ini kena tanya Tuan Wafa ..

Turut sama anak aku yang bongsu...Kebetulan emak sedara aku ini sedang menyiram anak-anak lada... jadi langkah kanan kami. Hari tu banyak jugalah buah pauh yang gugur ke bumi dan bertaburan diatas tanah. Anak perempuan aku yang berusia tujuh tahun pula sedang asyik bermain.

"Cepat-cepatlah kutip tu boh dalam jabil rok rak" aku arahkan anak aku.
Anak aku berhenti bermain terus kutip "pah boh dalam gapo abah"
"La... tu kan ada jabil rok rak dekat tu boh..boh lah" anak aku masih lagi mencari
"Tu..tu supet rok rak dekat tu'" Suara aku semakin meninggi, anak aku masih lagi mencari.
"Tu plastik tu" anak aku terus ambil plastik dan terus memasukkan buah pauh tadi... rupa-rupanya dia tak faham apa yang aku cakap.

Aku pernah ceritakan masalah aku dulu kat sini...Apa yang aku nak ceritakan ialah pergi kemana-mana pun dialek pekat aku tak boleh aku buang... sekejap ke aku bercakap bahasa surat (sebagaimana kata Abe Kie) selepas tu tanpa sedar dia kembali ke asal....

Sewaktu aku muda belia ..... masa tu tengah aktif dengan persatuan belia...satu tahun tu aku telah hadir ke satu kursus Institut Kepimpinan Belia Negara di Port Dickson.... kursus selama lima hari... Kalau tak silap aku kursus pengurusan program... Kursus ini disetai oleh wakil-wakil belia seluruh negeri di Semenanjung....

Masuk hari ke lima... hari tu semua peserta diwajibkan menyampaikan ucapan... yup.. sesi pengucapan awam. Semua peserta dengan pelbagai gaya... ada yang tergagap-gagap dan terketar sehingga berpeluh dahi tak kurang juga yang membaca teks....

Memandangkan sesi seperti ini sudah biasa bagi aku. Aku biasa berucap di hadapan audien di kampung aku dan di kawasan aku.... jadi ianya tidak menjadi masalah bagi aku..... aku tak perlukan teks ucapan.... aku dah tahu apa yang aku nak ucapkan dan hanya kenal pasti audien yang berada di depan aku..... siapa yang jadi keutamaan dari segi protokol ucapan.... nama-nama dah di hafal..

Masuk aje giliran aku.... dengan bangganya aku melangkah keatas pentas dan terus ke restrum...memulakan ucapan aluan dengan penuh skima... semakin lama aku makin syok... dengan penuh semangat aku menyampaikan ucapan bila melihat mereka yang berada di hadapan menumpukan sepenuh perhatian pada ucapan aku... Sekali sekala aku untuk menarik nafas untuk ucapan seterusnya... ku perhati audien ada yang terlopong.. ada yang putih mata... berkelip-kelip memandang aku...  aku tambah bersemangat dengan ucapan aku.....

Tiba-tiba seorang gadis mengangkat tangan mencelah ditengah-tengah ucapan aku yang semakin bersemangat.... dalam hati aku... potong stim betul budak ni.

Budak perempuan tu bangun berdiri "Bang..bang.... maaf. Abang cakap apa ni, nak kata kelantan tak bunyi macam kelantan... nak kata indon pun tidak, kita orang tak faham ni"

Gelap gelemat pandangan mata kunang sekejap.... bero muka. Yang dok terlopong mulut sapai putih mata-mata tu tadi ingatkan syok dengar ucapan aku... rupa-rupanya tak faham gapo aku kata. Aku pulak sedap sangat berucap sapai tak sedar yang aku yang aku campur adukkan bahasa surat tadi dengan dialek kelantan kerana nak jaga skema.. itulah jadinya.




0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates