Sabtu, 31 Mei 2014

Bila dia orang shopping


Petang semalam aku ke Kota Bharu Kelantan.... tempat... Billion Shopping Centre Kota Mutiara Kelantan.... tujuannya hanya satu untuk membeli persiapan si along yang akan melapor diri di Politeknik Ungku Omar Ipoh pada 16 Jun nanti.

Aku dah tak larat untuk menemani si along dan isteri... yang dok keliling setiap bahagian.. kaki dan betis dah lenguh berjalan ke sana kemari... dia orang ni kalau bab memilih memang cerewet... memang tak sanggup aku lama-lama berdiri. Tiga anak yang lain pun turut merungut..... aku ajak dia orang ke bawah untuk berehat.


Macam nilah setiap kali dia orang shopping... lebih-lebih lagi steri dan anak sulong aku tu, cukup cerewet bab pilih memilih... kami dua tiga yang lain akan cari tempat untuk berehat.
Continue Reading...

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

As-Salam

[Siapa nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Nasibah Khushairy , Kasih Lestari Abadi , Nor Farihan Ayob , Nannie Isa , dan yangbaik .

Continue Reading...

Khamis, 29 Mei 2014

Bloglist bulan Jun

Continue Reading...

Segmen : School Holiday Blogwalking With De'Mahabbah


Telah beberapa hari aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang entri...
oleh itu aku nak ajak rakan-rakan join Segmen : School Holiday Blogwalking With De'Mahabbah.. jom klik banner untuk join segmen ni
Continue Reading...

Khamis, 22 Mei 2014

Meja Kerja #9


Hadiah dari rakan-rakan guru... sehelai tuala dan sehelai t'shirt. Sumbangan dari kelab guru tempat bertugas sempena hari guru baru-baru ini... yang belum dituntut tempohari. Hari ini hadiah ini sampai ke meja kerja.
Continue Reading...

Rabu, 21 Mei 2014

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014




Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 dilancarkan buat julung kalinya. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan khas untuk anda. Jadi, apa tunggu lagi? Jom sertai Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014.

Hadiah :-

Perfume Sample Grade 5A
Dress
Custom Made T-Shirt Geek
Shawl
Mistery Gift
Collagen Lips Mask
Tudung Bawal
Topup

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 ditaja oleh [ DJH ] [ Rexylla ] [ Fatihah Fazlin ] [ Auni Sofea ] [ Rara Farhana ] [ Ana Solehah ] [ Ain ] [ Eryati ]
Jom memeriahkan Giveaway kali ini!!...
Continue Reading...

Bertambah setahun usia


Hari ni bertambah setahun usia aku.. sekarang ni umur aku dah masuk .........  dah pertengahan 40an.. Alhamdulillah semoga rezeki aku turut bertambah diiringi dengan kesihatan yang sempurna. Tiada apa yang diinginkan selain dari kesihatan... 
Continue Reading...

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih


Satu Giveaway yang simple yang patut aku sertai... hadiah pun boleh tahan jugak ni.  Jomlah sertai.. tekan banner tu

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
  • Tempat Pertama: 1 X RM100
  • Tempat Kedua: 1 X RM60
  • Tempat Ketiga: 1 X RM40
  • Hadiah Saguhati: 5 X RM20
 
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 04 Jun 2014
Continue Reading...

Isnin, 19 Mei 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam
Continue Reading...

Jumaat, 16 Mei 2014

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih

Continue Reading...

Khamis, 15 Mei 2014

Kisah abang penjual sate ikan


Sate ikan ni kegemaran aku dulu.... masa usia belasan tahun dan sehingga kini pun... Kini bila abang-abang sate bermotor ni masuk ke kampung, anak-anak aku dan anak sedara mara berjiran berebut menyakat menunggu giliran untuk membeli....

Enam cucuk sate satu ringgit..... satu cucuk ada empat bebola ikan, dua sos pilihan sama ada yang manis atau pedas... bagi anak-anak kecil akan memilih sos yang manis...Satu cucuk belum tentu memuaskan hati sikecil... nak tak nak kena puaskan hati sikecil. empat lima ringgit habis macam tu je...Kalau tiap-tiap hari macam ni, sedih mak bapak.. mana nak cekau duit, mereka ni orang kampung.

Ada satu kisah yang mak bapak bagi warning pada abang-abang penjual sate.... tidak membenarkan abang penjual sate ni masuk ke kawasan perumahan kerana tidak tahan berabis duit empat lima ringgit setiap petang melayan kerenah anak-anak. Tak dibeli sianak mengamuk sakan.  Kesian si abang penjual sate ni, niat dia nak cari makan. Semenjak hari tu dia dah tak masuk lagi area tu. 

Engkau orang ada tak kenangan tentang sate ikan atau pun si abang penjual sate ikan tu...


Continue Reading...

Rabu, 14 Mei 2014

segmen : ucapan SELAMAT HARI GURU

 

Sempena hari ni,.. aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU buat guru-guru yang pernah mengajar aku dizaman 80an dulu. Buat rakan-rakan guru di SK LKTP Tenang, Besut. Selamat Hari Guru

Untuk join segmen Ucapan SELAMAT HARI GURU tekan banner atas tu


Continue Reading...

Tanam sayur dalam pollybag

Kali ini aku kembali dengan aktiviti menanam sayuran.... bila cuti menjelang sahaja..cuti khas, cuti umum, cuti rehat... tolak cuti sakit...

Kebetulan kelmarin merupakan cuti Wesak.. pagi-pagi aku menyiram kangkung.. kangkung ni bukanlah banyak sangat hanya beberapa batas yang pendek sahaja. Kalau perhatikan  gambar kangkung dibawah tu.. kangkung ni kurang subur disebabkan tanah bukit yang digunakan tu tidak mengandungi baja dan jalan penyelesaiannya aku mengunakan baja organik berserta dengan baja NPK (15/15)
 


Memandangkan ruang yang terhad kali ini aku menggunakan pollybag untuk menanam lada dan terung.. Terung sebanyak 30 pokok dan lada adalah dalam 65 pokok, diatur disekeliling rumah.






















Kerana ruang yang terhad juga aku tanam betik dalam pollybag. tray semaian tu aku semai biji betik, bukan sebarangan betik... betik madu tu. Buah betik tu asalnya isteri aku bawa balik dari rumah kawannya... tertarik dengan buah yang manis dan besar katanya... Aku kata kat dia kenapa tak bawak balik madu sekali, lagi manis... dia jeling manja memanjang kat aku.

Lada dan terung sesuai untuk ditanam di dalam pollybag dan pasu... tetapi tidak bagi betik kerana pokok betik ini akan membesar serta memerlukan ruang yang luas... jadi aku dah bercadang untuk pindahkan ke suatu ruang yang sesuai... In Sha Allah aku updatekan cerita tentang betik ini suatu hari nanti sekiranya betik ini tidak mati.

Tanam jagung dalam pollybag, sesuai ker?.... yang ni aku tengah mencuba, aku baru tanam benih jagung ni dalam 70 pollybag....nanti aku post gambar dia. Kita kongsi sama-sama.
Continue Reading...

Gambar hari rabu #12


Continue Reading...

Isnin, 12 Mei 2014

Kegunaan Pokok Ajaib

Pokok Ajaib ni aku tanam tujuh tahun lalu, tinggi melangut ditanam didalam pasu besar... pokok ini aku beli di pasar tani waktu tu dalam lingkungan harga RM10 kalau tak silap. Waktu tu aku tak tahu apa kegunaannya tapi bila rakan-rakan beli aku pun turut beli sama. Kata jurujual pokok ini mengandungi khasiat untuk mengurangkan paras gula dalam darah dan darah tinggi.

Sehingga kini pokok ini telah berbuah banyak kali tapi tidak terlintas dihati untuk mencuba makan buahnya, apatah lagi aku perhatikan burung-burung yang bermain disekitar kawasan ini tidak berminat untuk menyentuh buah ini dan makin menguatkan lagi naluri aku yang buah pokok ini beracun. 

Beberapa hari lepas aku pergi ke sebuah sekolah untuk menemui seorang rakan dan bertanya tentang hal--hal kerja. Aku tengok dimeja rakan aku ni ada beberapa biji buah ni dan dua tiga biji mangga (pauh ringan). Aku ceritalah kat rakan aku tu yang rumah aku ni banyak buah ni dan takut untuk makan. Kawan aku ni ceritalah yang buah pokok ni ada khasiatnya. dia minta aku makan tiga biji.... selepas makan tiga biji dia minta aku makan sebiji mangga pula yang ada diatas meja dia... semasam-masam mangga tu aku rasa manis.

Banyak kegunaannya pokok ajaib ni rupanya.....Buah pokok ajaib boleh mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi, dan mengurangkan kolestrol. Buah ajaib mampu menahan kesakitan luka diusus, kerana buah ini mampu menukarkan rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali. Daun pokok boleh menyembuhkan sakit gigi dengan hanya mengunyahnya.
Continue Reading...

Ahad, 11 Mei 2014

Selamat Hari Ibu

Balik dari tempat kerja petang tadi aku ke rumah mak yang jaraknya hanya sepelaung.... tak sampai 20 meter pun dari rumah aku.. sampai diruang tamu, emak sedang terlena di kerusi.. Perlahan-lahan aku kejutkan emak.. Aku ucapkan selamat hari ibu... ku lihat emak terharu.... Aku cakap kat emak.. tiada hadiah yang aku dapat beri... aku tak tahu nak beli apa.... Aku beri sedikit wang pada emak... duit ni mungkin berguna buat emak... emak beli apa sahaja buat emak.....Ucapan terimakasih ku terima dari emak... 

Anak emak ini bukannya kaya... tapi anak emak ini tidak berada jauh dari emak... sentiasa memerhatikan emak... sentiasa dekat walaupun tidak disisi... sentiasa ada bila diperlukan...

SELAMAT HARI IBU buat bondaku
Continue Reading...

Kembali ceria


Alhamdulillah hari ini aku kembali sihat sedikit.. setelah beberapa hari demam. Line tenet pun dah kembali ok... bertambah menceriakan hari-hari ku. Hari ini berkesempatan juga untuk buka Gmail..

Tetiba aje ada yang nak kongsi duit dengan aku..kayap aku.. Ade ker yang baik macam ni...
Continue Reading...

Rabu, 7 Mei 2014

Cerita disebalik jabil rok rak


Dua tiga hari lepas aku ke rumah emak sedara... Jarak rumah mak sedara dengan rumah aku lebih kurang 6 kilometer. Disebabkan desakan isteri yang ingin mencari buah pauh ringan untuk dijeruk.... Kalau tak silap aku orang utara panggil mangga teloq.. betul ke tidak ini kena tanya Tuan Wafa ..

Turut sama anak aku yang bongsu...Kebetulan emak sedara aku ini sedang menyiram anak-anak lada... jadi langkah kanan kami. Hari tu banyak jugalah buah pauh yang gugur ke bumi dan bertaburan diatas tanah. Anak perempuan aku yang berusia tujuh tahun pula sedang asyik bermain.

"Cepat-cepatlah kutip tu boh dalam jabil rok rak" aku arahkan anak aku.
Anak aku berhenti bermain terus kutip "pah boh dalam gapo abah"
"La... tu kan ada jabil rok rak dekat tu boh..boh lah" anak aku masih lagi mencari
"Tu..tu supet rok rak dekat tu'" Suara aku semakin meninggi, anak aku masih lagi mencari.
"Tu plastik tu" anak aku terus ambil plastik dan terus memasukkan buah pauh tadi... rupa-rupanya dia tak faham apa yang aku cakap.

Aku pernah ceritakan masalah aku dulu kat sini...Apa yang aku nak ceritakan ialah pergi kemana-mana pun dialek pekat aku tak boleh aku buang... sekejap ke aku bercakap bahasa surat (sebagaimana kata Abe Kie) selepas tu tanpa sedar dia kembali ke asal....

Sewaktu aku muda belia ..... masa tu tengah aktif dengan persatuan belia...satu tahun tu aku telah hadir ke satu kursus Institut Kepimpinan Belia Negara di Port Dickson.... kursus selama lima hari... Kalau tak silap aku kursus pengurusan program... Kursus ini disetai oleh wakil-wakil belia seluruh negeri di Semenanjung....

Masuk hari ke lima... hari tu semua peserta diwajibkan menyampaikan ucapan... yup.. sesi pengucapan awam. Semua peserta dengan pelbagai gaya... ada yang tergagap-gagap dan terketar sehingga berpeluh dahi tak kurang juga yang membaca teks....

Memandangkan sesi seperti ini sudah biasa bagi aku. Aku biasa berucap di hadapan audien di kampung aku dan di kawasan aku.... jadi ianya tidak menjadi masalah bagi aku..... aku tak perlukan teks ucapan.... aku dah tahu apa yang aku nak ucapkan dan hanya kenal pasti audien yang berada di depan aku..... siapa yang jadi keutamaan dari segi protokol ucapan.... nama-nama dah di hafal..

Masuk aje giliran aku.... dengan bangganya aku melangkah keatas pentas dan terus ke restrum...memulakan ucapan aluan dengan penuh skima... semakin lama aku makin syok... dengan penuh semangat aku menyampaikan ucapan bila melihat mereka yang berada di hadapan menumpukan sepenuh perhatian pada ucapan aku... Sekali sekala aku untuk menarik nafas untuk ucapan seterusnya... ku perhati audien ada yang terlopong.. ada yang putih mata... berkelip-kelip memandang aku...  aku tambah bersemangat dengan ucapan aku.....

Tiba-tiba seorang gadis mengangkat tangan mencelah ditengah-tengah ucapan aku yang semakin bersemangat.... dalam hati aku... potong stim betul budak ni.

Budak perempuan tu bangun berdiri "Bang..bang.... maaf. Abang cakap apa ni, nak kata kelantan tak bunyi macam kelantan... nak kata indon pun tidak, kita orang tak faham ni"

Gelap gelemat pandangan mata kunang sekejap.... bero muka. Yang dok terlopong mulut sapai putih mata-mata tu tadi ingatkan syok dengar ucapan aku... rupa-rupanya tak faham gapo aku kata. Aku pulak sedap sangat berucap sapai tak sedar yang aku yang aku campur adukkan bahasa surat tadi dengan dialek kelantan kerana nak jaga skema.. itulah jadinya.




Continue Reading...

Isnin, 5 Mei 2014

telatah si mail

Pagi tadi aku ke rumah mak.... (aku cuti lagi),.. sambil duk berbual-bual dengan mak dan kakak. Tiba-tiba kakak aku ceritalah pasal si Mail.. Mail ni hanyalah sekor kucing jantan. Tentang Mail yang berusaha sedaya upaya untuk buka sendiri bekas friskies. 

Kebetulan waktu aku datang ni Mail tiada diatas rumah.. jadi kakak aku cadangkan supaya aku mengoncangkan bekas friskies untuk memanggil dia.... sebaik sahaja bekas digoncang si Mail terus datang dan duduk berhampiran dengan bekas makanannya.

 

Kakak aku membuka/ melonggarkan sedikit tudung bekas makanan supaya si Mail ni senang untuk membuka. Aku perhatikan si Mail ni begitu gigih untuk membukanya... kalau oranglah yang berada dalam situasi yang seperti ini aku rasalah sudah nampak peluh yang keluar.....


Atas usaha gigihnya.... hanya dengan gigi dan taring untuk mencungkil, akhirnya terbuka juga bekas makanan... jom tengok gambar si Mail ni dengan usaha yang dilakukan untuk mendapatkkan makanan kegemarannya



 

Continue Reading...

Ahad, 4 Mei 2014

Undangan Perkahwinan - keadaan yang tidak dapat dielakkan

Sehari dua dan tiga empat hari ini aku mengalami kesukaran line tenet.... entah apa puncanya yang aku ketahui dan tidak ketahui... yang kadang-kadang sukar untuk aku jelaskan....

Ikuti perbualan aku dengan bini aku yang kadang-kadang membahagiakan dan kadang-kadang membuat aku naik darah sekali sekala... adakalanya membahagiakan... itulah rempah ratus dalam alam rumahtangga yang sehingga kini sudah hampir dua puluh tahun..... terkadang tergigit dan terkadang terlebih mesra..

Malam sabtu lepas...

"Kenapa abah termenung ni... tengok lappy tu macam nak telan" tanya bini aku
"Ni, line ni slow sangat.. dari tadi merayap" jari jemari masih berada diatas keyboard
"Abah nak laju. Nak tau caranya" Aku dongak tengok muka bini aku.. dalam hati sejak bila pulak dia pandai-pandai dalam hal ni..heran.
"Nak jugak" kata aku dengan muka penuh serius.
"Gini,... abah pergi tengah jalan duduk tengah-tengah line jalan tu gerentilah laju" dengan muka senyum.
"ahaa.. awak ni. Bergurau biarlah bertempat, kat situ memanglah laju, laju ke lain tu.

Sebenarnya aku nak cerita pasal lain tapi melalut ke lain...


Hari sabtu lepas memenuhi undangan sepupu (sebelah emak) yang bertugas di Ampangan Hidro elektrik di Jenagor. Beliau mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan keduanya di Taman Perumahan TNB di Kuala Berang. Pada majlis perkahwinan anak dia yang pertama dahulu aku tidak datang kerana terlupa tarikh.... Bayangkan dalam kesibukan yang tak seberapa kita boleh terlupa suatu tarikh yang amat penting.

Sekali lagi tak dapat aku penuhi undangan beliau ialah bila ia menjemput untuk datang sehari sebelum majlis persandingan berlangsung. Katanya untuk menghimpunkan sepupu sepapat dan saudara mara terdekat. Undangannya terpaksa aku tolak kerana sepupu sebelah arwah ayah pula mengadakan perkahwinan adik bongsunya yang jarak rumah hanyalah tiga kilometer berbanding dengan sepupu di Kuala Berang yang jaraknya 135 kilometer.


Bila sampai ke majlis ini pada pagi sabtu lalu .. terkedu aku bila sepupu sepapat yang lain siap berkhemah didepan rumah bila keluasan rumah tidak lagi mampu menampung anak beranak yang datang bertamu.... mentang-mentanglah dia orang ni semua askar pencen... Walauapapun mereka semua memahami  masalah aku. 

Hari sabtu tu kedai aku di bandar Jerteh diuruskan oleh dua orang anak lelaki aku.

 
Sekalung tahniah untuk anak sepupu aku yang aku tak ingat namanya (bertuah punya bapak sepupu). Maklumlah bila diusia aku ni anak sepupu dah lebih dari 30 orang sebelah menyebelah.... manalah mampu nak ingat semuanya. Lainlah kalau yang tinggal berdekatan dan berjiran. Kalau dikampung ni jiran keliling rumah tak mlain dan tak bukan kesemunya yang ada pertalian persaudaraan paling-paling jauh pun tiga pupu.

Continue Reading...

Sabtu, 3 Mei 2014

Segar dari ladang


Alhamdulillah. .. projek sawi tepi rumah yang diusahakan hari tu dah mendatangkan hasil. Walaupun tidak sebanyak yang diusahakan sebelum ini.

Dua batas yang ditanam sudah cukup untuk dinikmati dan pagi tadi aku mencabut beberapa pokok untuk dibuat sayut goreng.

Sawi segar tanpa penggunaan racun. .. Selepas ini terasa nak melawat projek tanaman sayur bayam tuan Wafa pula...
Continue Reading...