Sabtu, 19 April 2014

Percubaan pertama dia

Share it Please
Pagi tadi berlangsungnya pertandingan sajak di Perpustakaan Awam Bandar Jerteh... anak aku yang keempat, Faris beria-ria nak masuk pertandingan walaupun pada awalnya tidak berminat. Tanpa persediaan yang rapi dan sebelum ini belum pernah memasuki mana-mana pertandingan sajak disekolah, menyaksikan dia agak gugup
.

Tambahan lagi, dia diundi sebagai peserta petama.... menambahkan lagi kegugupan dia. Penyertaan kali ini tidak seramai tahun lepas kerana pada tahun ini pihak pengurusan perpustakaan hanya menjemput dikalangan mereka yang merupakan ahli kelab yang benar-benar aktif
 


Walaupun tidak menjadi johan, tempat kedua atau ketiga..... hanya sekadar mendapat saguhati. Tapi bagi aku itu sudah memadai kerana sebelum ini (disekolah) dia tidak berminat untuk tampil ke depan dan agak takut--takut dan malu. Aku harap penyertaan kali ini akan membangkitkan semangat dia dalam menyertai program-program yang lain



 Jom layan gambar program pagi tadi






6 ulasan:

Amir Khalis berkata...

wah pandai bersajak. teringat sekolah rendah dulu :D

zamizi jusoh berkata...

saya tak pernah bersajak masa sekolah dulu.. tak minat

Ndra Jamal berkata...

kena dilatih sejak kecik.. nanti jadi macam saya. dah besar, masih gugup nak bercakap depan orang ramai. :)

melawat kat sini dari segmen blogwalking by dayangdeno.

Wafa Cw berkata...

bagus tu... minat sastera... huhuhu... bapak dia minat art ..lebih kurang la tu :D

zamizi jusoh berkata...

Berdepan dt audiens ni perlukan sedikit keberanian

zamizi jusoh berkata...

Tuan wafa... sejak merasakan diri ini semakin diinjak usia. .. minat tu pun turut berubah