Selasa, 8 April 2014

Macam mana nak buat kuih sagupal



Pagi tadi... macam hari-hari biasa, pagi-pagi lagi ke kantin sekolah untuk sarapan. Riuh rendah tak usahlah dikira. Bila Pokku menyakat rakan-rakan guru yang lain. Aku tak ambil kesah.. terus ke ruang makanan yang disediakan.

Wah... kuih sagupal/asam gupal, kuih ni feveret aku terutama di bulan puasa...tak pernah sebelum ni Kak Yah kantin buat sagupal. Aku apa lagi cukup teruja.. lagi pun kuih ni dah tinggal sedikit.

Baru saja aku nak cedok "hai.. jangan, jangan zie dah ada orang booking". Terkedu aku.

"Tak boleh ke setongkol, kalau tak setongkol dua pun jadilah" dengan muka kelat aku merayu.

"alahai Zie, dia orang dah tinggal pitis ni" jelas Kak Yah kantin lagi.

Aku buat muka ala-ala merajuk "tak apalah kalu gitu gak Kak Yah dah tak sayang saya lagi"

Tiba-tiba Pok Ku mencelah dengan trademark dia "Kak Yah weeh, wi wi lah, titik air mata doh ni"

"Ginilah Kak Yah, kalu Kak Yah tak leh wi hok ni pun tak apolah tapi Kak Yah tulis resepi dia, kita nok tahu lagu mana buat kuih go ni, lepas nim kita nok wat sendiri. Bulan poso ni kita nok jual kuih ni kat bazar Ramadhan" seloroh aku.

Tak lama kemudian Kak Yah datang menghulur sekeping kertas A4 berlipat. Aku sambut huluran tu dan buka.

"Alahai Kak Yah heh, kita gurau jah. Kak Yah serius pulak" aku buka baca.

Hah biar betul ni,.. cantik pula tulisan.


Resepi Kuih Sagopal (asam gumpal)
1/2 kg sagu halus
air panas (rendam sagu)
Santan (Anggaran)
Sesudu halba
Garam secukup rasa
daun Pandan
Kacang hijau (yang telah siap direneh dan dimaniskan) sebagai inti
Gula sedikit (anggaran)

Bahan-bahan untuk sagu
Rendamkan sag halus tadi ke dalam air panas kemudian kacau sehingga mudah untuk dipalut/diketul-ketulkan

setelah sagu tadi siap diuli bentk bulat satu persatu kemudian masukkan inti kacang hijau tadi

bahan untuk kuah 
masukkan santan ke dalam periuk panaskan dengan api sederhana dan campurkan halba. Gula, garam sedikit rasa dan masukkan beberapa helai daun pandan supaya wangi.

dah siapppp............

Biar betul Kak Yah ni. Betul ke Ramadhan nanti aku nak niaga kuih ni... Kak Yah ni nampak macam perli aku pulak.

"Kak yah wehh... pandai ke kita buat ni" ... laung aku

"Buat je lah ikut resepi tu, jadi lah nanti" balas Kak Yah. Riuh dan gamat di kantin tadi.

7 ulasan:

Wafa Cw berkata...

waaaaaaaaaaaaaa lama tak makan kuih ni... memang kalau bulan posa jer jumpa... selalu orang bawak buat moreh kat sejid.. ehehehe... setongkol tu bunyi hilir sangat... setokol kut baru betul..

zamizi jusoh berkata...

Haa... tuan wafa, tu yg susah sangat kalu campur adukkan

Sura Mohd berkata...

serius..sura pun baru tahu..thanks untuk resepi..slalu makan jer..fev jugak ni..tapi slalu makan takde kacang hijau pun..:)

SK. LKTP Tenang, 22010 Jerteh, Terengganu. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zamizi jusoh berkata...

Puan Sura .. yang ada inti kacang lagi sedap

CikLily Putih berkata...

tak pernah makan kuih ni la

SK. LKTP Tenang, 22010 Jerteh, Terengganu. berkata...

kuih ni popular sebelah pantai timur terutamanya di bulan puasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates